Entry panjang tanpa gambar (maybe later2 baru masukkan gambar kot :p)
Since last two week, memang la daku balik lambat dari office. Selalu on time or lebih sikit2 dah gerak. but last two week, dari range 6.30pm sampai la 9pm baru gerak dari office. Tapi yang turning point nye, this weekend la. Jumaat balik 9.30pm, selamat uwek2 kat office dulu before balik. Pastu makan2 jap, sempat layang princess jap, borak2 ngan EH, pastu zzzz...tapi zzz dalam keadaan formula, keje penuh dalam kepala..Kul 3pagi bangun, tak leh nak tido coz terbayang keje yg super banyak and urgent deadline..
Bangun, terus bukak laptop. Ngadap lepatop sampai 5 lebih..pastu terus gi landing balik atas katil..pusing2, still tak leh lelap coz teringat keje lagi...Kul 6 lebih bangun solat Subuh, langsung kemas2 apa yg patut. Parents In Law and kakak ipar nak sampai jap lagi. Terima kasih sangat kat EH sebab tolong vacuum, mop lantai, arrange furniture sumer. Love u sooo much dear...
So, pagi tu, just tolong kemas2 toys Kaisara yang takde kesudahan tu..plus simpan2 mana2 yang patut. Kul 8 lebih siap breakfast sumer, dapat call dari adik. Cakap ayah nak datang dari Putrajaya. Tapi dah janji dengan MIL nak jumpa kat area Cheras kul 11 lebih. So, cakap kat adik, jumpa kat Putrajaya je lah. Coz Putrajaya dgn Cheras dah dekat. Dengan ad hoc plan, terus siap2 gi Putrajaya. Borak ngan ayah, adik n adik ipar, pastu borak ngan along ibu sumer..Kaisara lak, terus jadi pendiam jumpa cousin dia, Kakak Isyia. Syira pulak dalam process nak tido. Dalam almost one hour jugak lepak situ, terus salam2 nak gerak gi jumpa family in law pulak. Ayah n adik pun dah nak gerak ke utara jugak.
Kul 11 lebih dah sampai kat tempat makan seperti yang dijanjikan. Semua ada, all EH nye siblings ada. Macam kat Putrajaya tadi pun sama, All my siblings pun ada. Kira Kaisara jumpa all her aunts and uncles, her grandma (ummi tak dapat datang) n grandpas and her cousins. Oh ya, satu lagi, surprisingly, daku boleh makan ketam masak lemak kat situ. Maybe ketam tu tak pedas sangat kot. Coz skang ni, sumer benda pedas, bersambal is a big no-no to me. Makan nasik lemak pun without sambal..huhu..cepatla abis fasa pening muntah ni...
Lepas makan, terus gerak ke Klang. But instead of terus balik umah kitorang, diorang teringin gi GM Klang for the first time. Maka bergeraklah kami semua ke sana. Round2, dapat jugak rembat selai dua jubah. Kaisara dapat pau belon Upin Ipin. Dalam pukul 2 lebih jugak baru gerak balik. Masa tu dah dapat rasa kepala ada sedidit ting tong dek kerana tido tak cukup. And dah start acum acum, selsema.
Sampai umah, siap2kan minum petang, borak2 sumer sampai kul 5 lebih. Kaisara tanak tido. Paksa jugak suh tido sebab mmg dah nampak super ngantuk tapi nak tahan jugak. At last berjaya tido kan princess tu.
Sambung borak dgn mak, pastu kemas apa2 yang patut, pastu baring kejap. Tapi tak dapat tido. Pastu ingat nak sambung wat keje. Tapi bila tengok excel, tetiba macam blank. Blurr tak sure nak wat ape. Okay, nampat sangat battery dah flat. Mmg nak kena recharge. Pastu kepala ting tong lagi, plus whole-day-but-the-worst-is-during-the-evening/night-sickness, selamat uwek2 lagi. Dalam kul 9 lebih selesai makan tapi daku mmg tak boleh nak masuk sangat makanan dalam perut. Kepala memang super ting tong. Kul 10pm, daku dah selamat recharge battery. Tak sedar apa. Sampai kul 3 lebih. Tapi terlelap balik, tgk dah nak dekat kul 6 dah. Bangun solat, pastu kuar bilik, borak2 lagi dgn MIL & PIL & kakak ipar. Kaisara pun dah bangun. Pastu breakfast. Baru sempat tgk phone coz pengsan mlm tadi. Tgk ada message kul 12.40am cakap baru email new data. Mintak tolong updatekan n submit pagi ni. Tak dapatlah daku nak buat pagi, coz dalam pukul 10am, kitorang dah gerak ke wedding cousin EH. Kat situ, Kaisara happy sangat ber-get together main2 dgn cousins dia. Lama jugak kat situ. Around pukul 1pm lebih, salam dgn mak and ayah and family kakak ipar coz diorg nak terus balik ke Utara. And as for us three, home, off we go.
Sampai je kat umah kul 2 lebih. Tidokan Kaisara, pastu ingat nak rest dalam 5-10 minit. Tapi tak boleh, kepala asyik teringat keje. Pastu cakap kat EH, mama nak berkurung kat dalam bilik jap, InsyaAllah dalam masa 2 jam, mama kuar dari bilik. Memang concentrate abis la dalam bilik belakang tu. Focus nak abiskan secepat mungkin. Alhamdulillah, berjaya. Dalam kul 4 camtu dah dengar princess duk borak2 ngan abah dia. Pastu ada dengar jugak, "Maaana mama ni"..Tapi cekalkan hati buat jugak keje sampai kul 5 lebih. Berjaya email to all the requested parties.
Keluar je bilik tu, tunjuk muka kat princess, terus budak kecik tu buat muka super happy sambil cakap "Haaa, tu mama!" macam dah tak jumpa sepuluh tahun..hehe
Pastu daku restkan diri baring jap dalam few minutes, then siap2 nak gi kuar makan. Thank you EH, bawak kitorg makan kat SK. Kaisara dapat suap sendiri nasik and chicken tu, memang bayak dia makan asyik la duk cakap "sedap2" sambil tangan duk buat sign good (thums up)..Memang semangat la mama nak dukung awak yang dah cecah 13.3kg ni..lagi dua bulan nak masuk 2 tahun and tambah lagi 4 bulan, InsyaAllah dah nak jadi kakak..Alhamdulillah, Syukran Ya Allah...
Pastu, sampai je umah dalam kul 8 lebih nak dekat kul 9, terus siap2 kat dapur nak wat bekalan princess utk esoknya. Kul 10pm, settle masak sumer, and battery mama pun dah flat jugak. Bangun pagi ni nak gi keje, badan terasa semacam. letih sangat, sempat uwek2 lagi sebelum siap2 nak g keje.
Skang kat office, tengah ready nak tunggu instruction seterusnya utk keje yg urgent tu. Harap petang ni tak balik lambat sangat. Serious badan tak sedap plus selsema. Kepala berat. Hopefully adik baby takde pape..Sayang anak2 mama...
P/S: InsyaAllah dalam couple of weeks, nak try apply for quite a long leave from work. Dalam hari Rabu ni nak apply. Doakan application for leave tu success ye semua. I really really need a really good break from work....Tgk banyak kan really tu..hehe..Doakan ye semua goes as plan and selamat2 dan dipermudahkan semua... Aminnn..Thank you semuaaa..Mmmuah


2 comments:
Hi Zara,
Lama K Lin tak singgah sini... am i hearing a good uwek2 news here... if my mother instinct is correct then Congratulations to you..
Suke tengok keletah si comel tu
Hehe..Nampaknya, mother instinct Kak Lin memang correct..hihi..Alhamdulillah...baru zara nak up entry pasal adik baby..Thank you Kak Lin for the wish :)
Post a Comment