Z&K...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 31, 2014

Adik Baby

Alhamdulillah, Isnin lepas, 26.03.14, dah selamat bukak buku pink untuk adik baby. Kira awal 2 minggu dari kakak. Masa Kaisara dulu 5 bulan baru bukak. Hehe.

Citer official adik baby belum lagi diabadikan dalam blog. Makanya, ari ni nak up entry from the day we found out that we're expecting another child till today, gi amik drah kat KK.

Dalam bulan Dec 13 tu, sebelum wat UPT lagi, dah terasa semacam. Sebabnya, Kaisara tetiba macam manja sesangat. Pastu bila Kaisara duduk kat lap, terasa senak kat bahagian bawah perut. Uikss, semacam je..tapi belum lagi due utk period. Tapi dek kerana tak berapa nak sabar nak check, and terima kasih sangat kat Kina (daku borong UPT murah kat Kina), terus check. Of course la super blur. Kena tenung macam nak tembus baru macam nampak bayang2 pink lagi satu line.

Pastu gaya tak puas hati, try lagi, try lagi. Camtu gak, blurr. EH cakap, tunggu lah lagi seminggu, then try again. Alhamdulillah, lepas seminggu, dah terang :)




Blurr kan..

Haaa, ni dah terang sikit :)

Ni lak adik baby 8 week

Macam kakak nya jugak, seawal 5 minggu memang tak nampak bila scan. Kalau time Kaisara dulu memang cuak walaupun doktor cakap normal belum nampak lagi. So, untuk adik baby, dah tak cuak..hehe

Pastu, mama tak sabar, terus gi scan lepas 3 minggu. Alhamdulillah dah nampak. 

Kali ni nye morning sickness agak teruk sikit compare dgn si kakak. Kalau nak muntah sangat2, memang tak leh tahan, time tu gak muntah. Sambil drive ke, nak masak ke, sambil baring pun ada. Erk.

Alhamdulillah, skang dah week 18, morning sickness dah agak menghilangkan diri. Bolehla diriku ini active balik masuk dapur..hehe

Since masa Kaisara dulu dapat DF sampai 4 bulan and supply EBM sampai 9 bulan je, untuk adik baby ni, InsyaAllah, nak usaha sampai 2 tahun BF. Do'a kan kejayaan daku dalam bab penyusuan susu ibu ni ye kengkawan. Aminnnn....

Do'kan juga Zara bersalin normal, dipermudahkan dan baby & mama selamat dan sempurna. Aminnn..

Tetiba mode cuak. Walaupun pernah melalui process bersalin dulu, still perasaan cuak tu tetap ada. Hehe.

Oh ye, gender belum tahu lagi. Esok baru nak gi check up & scan. Semoga adik baby sihat & sempurna mama do'akan. Amin. 

Love u both my darling angels..and you too dear EH :D

Till next entry sumer.

Assalamualaikum.