Z&K...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 14, 2015

Kaisara A'isya - 2 Years 9 Months

Alhamdulillah, Kaisara A'isya aka Along dah 2 tahun 9 bulan. Banyak sangat celoteh Along sorang ni. Rajin jaga adik, rajin tolong abah lipat kain, rajin tolong mama kemas mainan. Alhamdulillah.

Along suka sangat nak belajar benda baru. Tapi since mama ada dua orang princesses ni, nak sit down lama2 ajar ABC pun tak berapa nak sempat. Huhu. Setakat ni Along kenal beberapa je huruf. Alif Baa Taa & 123 tu leh nyanyi sampai abis tapi tak kenal lagi. Takpelah nak. Slow and steady ye :)

InsyaAllah nak masukkan ke playgroup Along ni. But still lagi confuse which one yang nak gi. Genius Baby On Board ke AlimKids ke. Ada sesapa ada cadangan?

Bab bercakap no 1. Ada je yang nak di ngomelnye. Ngan mama ngan abah pun boleh nak bg instruction bagai. Semalam mama yang dapur dengar dua beranak tu kat depan.

"Abah nak makan kek tak?"
"Nak"
"Haa, boleh. Tapi jangan nangis. Nak makan jangan nangis tau." Erks....confuse mama. Sape abah sape anak ni...Along Along

So far Along:
1. Diapers free siang. Malam ari tu dah free dah..Pastu since accident banyak kali, berpampers lah semula ye anak..hehe. Tapi poo poo still carik pamper. Grrrr
2. Suka tolong abah lipat kain.
3. Masih suka frozen.
4. Fasa tengok play dough kat u tube dah faded. Dah start obses balik dgn upin ipin...huhu
5. Leh harap jagakan adik. Tapi still kena pantau sebab kekadang terlebih sayang or jeles. Roti canai dgn roti hampir jadi first adik nye solid food at the age of 3 month. Nasib mama cepat bertindak. Hehe.
6. Pot  pet. Ada je idea nak berbahas dgn kita.
7. Alhamdulillah Basikal roda tiga dah di upgrade ke basikal roda dua dgn bantuan dua lagi roda kecik dah boleh naik.
8. Dah boleh bawak keta sendiri (yg tekan paddle tu). Siap reverse lagi. Huhu. Bawak keta sendiri gi taman, mama jalan dukung adik teman.
9. Makan masih lagi memilih. Chocoholic macam mama. Kek & Ice Cream pun suka. Tapi mama n abah pantau lagi.
10. Alhamdulillah, colour dah kenal and mix of colour pun boleh tahan kenal. Blue & Yellow jadi Green :)
11. Masih lagi tengok Hi 5 dia tu. Adik pun join sekali kekadang.

Jom layan cheeky girl mama yang bijak ni :)













Semoga membesar dengan sihat menjadi anak yang solehah cemerlang di dunia & di akhirat ye sayang. Mama do'akan kita sekeluarga berjumpa semula di Jannah nanti. Ameen.

Mama & Abah love both soo much. Mmmuah.


1 comment:

erin said...

omelnya anak dara..pakai baju sedondon tu lagi la comel ..hehe x sabo tunggu anak dara kita pulak..kihkih