Z&K...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 29, 2015

Fun Activities With The Gurls

Assalamu'alaikum,

Sejak title mak anak dua, blog memang agak pitching ke laut...haha
Lately, anak dara yang sulung tu selalu macam tak keruan. Instinct mama sebab boring kot dengan toys takde aktiviti2 mencabar.

Makanya, dalam sebulan ni ada few activities yang kira ala2 homeschooling atau more to art craft.

Banyaknya Along yang dapat main betul2, adik sekadar join gitu2 je..hehe

1. Water Colour Cotton Ball

Bahan2 senang je:
a. Cotton Balls (ikut suka, mama bagi Along 2 je)
b. Penyepit Baju (ikut kuantiti cotton ball)
c. Water Colour

Cara2:
Sepit satu penyepit baju dengan satu cotton ball. Pastu pegang hujung penyepit tu, celup dlm water colour, pastu cop kan dekat kertas.

Ni contoh hasil kraftangan Kaisara A'isya

Yang kertas yang atas, bunga kecik pudar tu mama tunjuk contoh. Pastu selamat la anak dara sulung tu buat sendiri.

..............................................................................................................................................

2. Colour Salt

Bahan2 pun senang je:
a. Salt
b. Colouring


Cara2:
Titiskan colouring kat dalam salt dalam bekas asing2, pastu gaulkan. Biarkan kering, kalau tak jadi cam kitorang abis comot tangan sebab dah tak sabor main..hehe

Boleh main gitu je, buat macam sand...atau boleh gak amik kertas, lukis atas kertas, pastu amik glu, glukan ikut gambar nak kaler apa, pastu tabur salt yang kaler tu kat situ...nanti jadila gambar berkaler tapi guna colouring salt.

Yang ni tak dan amik gambar plus Kaisara dah mencampur adukkan kaler2 tu, so pening mama, plus tumpah lak tu..grrrrrrrrr..next time main kat luar rumah je..dah abis main., sapu je...



..............................................................................................................................................

3. Homemade Claydough

Bahan2 ni pun senang je:
a. 2 Cawan Tepung Serbaguna (kalau takde pakai tepung gandum plus soda bikarbonat sikit)
b. 2 sudu besar minyak masak
c. 1/2 cawan garam
d. 1 cawan air panas

Gaulkan sumernya, pastu dah uli2 tu, asingkan dough ikut berapa kaler yang nak buat.
Titiskan colouring, and gaul semula.

Ni semalam punyer citer..hehe
Mama buat 2 kaler je..cari kaler blue dgn red takde..huhu



Yang ni Imani leh join. Tapi kena pantau..kang selamat adik masuk mulut. Memang la takde toxic, tapi risau lak kang sakit perut ke ape.. :)


Okies, tu je untuk entry kali ni. Pasni InsyaAllah macam nak ajar Kaisara mengaji lak.
Imani lak nak ajar body parts...Mencabar sikit sbb adik always on the go..hehe

Till next entry sumer :)

No comments: