Z&K...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 11, 2013

Ceramah di bulan Ramadhan...

Nak kongsi sedikit ilmu yang simple tetapi InsyaAllah member impak yang besar & sebagai peringatan buat diri saya sendiri dan semua…

1.       Adab berbuka. Disunatkan untuk berbuka awal kerana mengejar waktu Maghrib. Jadi, adab berbukanya adalah, makan beberapa biji kurma dan air, bersolat Maghrib, dan sambung makan. Disarankan agar makanan tidak dihidang terlebih dahulu kerana takut tidak dapat melawan nafsu ketika berbuka dan terus makan dengan lama hingga tertangguhnya solat Maghrib hingga ke hujung waktu.
2.       Pakej di bulan Ramadhan. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah berbeza kerana Ramadhan datang berpakej. Untuk mendapatkan Ramadhan yang sempurna, marilah sama-sama mengerjakan pakej yang ada di dalamnya. Sekadar berpuasa tidak membezakan bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain. Antara pakejnya:
a.       Berpuasa
b.      Berqiamulail. Sekurang-kurangnya mengerjakan solat sunat Tarawih.
c.       Membaca Al-Quran – Tadarus
d.      Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
e.      Bersedekah

Oleh itu, marilah sama-sama kita beramal di bulan yang mulia ini, seterusnya menjadi platform mudah-mudahan kita akan istiqamah dalam menjalankan ibadah hanya kerana Allah dan menjadi hamba yang diredhaiNya. Amin

No comments: