Z&K...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 9, 2013

Teman Mama & Abah Gi Aeon...

Sempena bulan Ramadhan 1434H esok, Zara & Family ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa Di Bulan Ramadhan Yang Mulia kepada semua. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap dari kami. Semoga kehadiran Ramadhan kali ingin menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik, tergolong dalam hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Marilah sama2 kita beramal membaca Al-Quran (5-6 page setiap kali lepas solat), membaca tafsirannya, banyakkan berzikir, solat sunat dan menjaga adab2 berpuasa. Semoga amalan-amalan kita nanti berterusan & istiqamah walaupun berakhirnya Ramadhan nanti. Dan yang paling penting, semoga semua amalan kita tadi diterima & diredha oleh Allah. Ameen Ya Rabbal'alamin...

Berbalik kepada kisah Kaisara teman mama & abh gi Aeon Bukit Tinggi. Mama sebenarnya nak beli bekas ice cream stick tu konon2 nak wat homemade ice cream yang tak tau bila. Abah lak nak beli belt. So, mama cadangkan gi situ sebab tau ada Daiso. Nak gak masuk kedai tu kot2 jumpa benda best yang lain. Makanya, mama berjaya beli album gambar sampai 5 (tapikan, dah balik baru perasan untuk 3R..gambar2 mama semua 4R..aiyoooo), sushi bamboo, bekas ice cream & file organizer pink. Lepas tu teman Abah g beli belt. 

Lepas amik belt nak bayar punyalah ramai orang...makanya, sementara abah gi beratur nak bayar, mama pun pergilah melayan princess sorang ni jalan2 (more to lari lari dlm mall yg dah macam mall dia yg punya je gayanya)...pastu kat satu bench ni, ada sorang mummy ni tgh bg makan baby 9 bulan dia roti...anak dara I yang tgh main kat area situ, mama pusing kanan, pusing balik kiri, tgk selamat dah mummy tu suapkan roti tu dlm mulut anak dara I tu..huhu..sure tadi Sara tgh usha je diorg...mummy tu tanya, eh, takpekan, dah boleh makan kan..mama Sara cakap boleh, tapi segan lah dah gi pau makanan si baby tu..huhu...pastu Sara makan lagi dua suap, pastu jalan2 lagi sambil mulut kunyah roti..then, roti dalam mulut dah telan, selamba je buat u-turn, mama dah agak dah, sure nak g cari roti lagi. Memang sah, sara dah jumpa balik lorong tadi, ape lagi, terus la mama tangkap (memang marah lah time ni kan..haha), terus kendong bawak lari gi tempat abah. Amik honey star dlm bag mama yg abah tolong pegang, pastu gi balik kat bench mummy tadi...Sara pun duduk la diam sambil makan honey star..hehe...Moral of the story, always have standby food for sara..kalo tak nanti selamber je pau makanan org...waaaa

After that, abah cakap teringin nak makan kepci. Bulan posa nanti jarang nak makan fast food. Lepas Asar, kitorg gi check in kat kepci..Then jalan2 sikit lagi, pastu terus balik :)

Abih dah weekend yang penuh dgn aktiviti...hihi

Jom layan gambar lak ;)

 Magnum Besar :)



 Mall ini ana yang punya ;p

With Shawl Mama ;)

Tengok tu, tangan kiri jugak...

Dua dua tangan lak..

 Haaa...baru nak biskut kat tangan kanan...(gaya tangan kiri nak bukak air)


On the way balik....selamat sudah....

Next weekend...Ramadhan...Happy Fasting To All :)

No comments: