Tapi dek kerana tatap entry sorang2 letak pic donut yang pelbagai version ni, daku akhirnya terjebak juga...hehe
Okies, masa nak buat donut ni, mama kaisara bukak blog kak mi ..sambil tgk blog kat hp, sambil duk prepare bahan n uli2...hehe
Bahan2:
1. 5 sudu gula
2. 3 sudu susu pekat
3. 1 cawan air suam
4. 1 paket yeast (Mauripan 11g - RM0.99 kot kat Aeon Big)
5. 1 biji telur
6. 2 sudu butter/majerin
7. 3 cawan tepung gandum
Untuk taburan kat atas donut yang dah digoreng: Sedikit gula yg diblend (malas nak cari icing sugar)
Cara2:
1. Kacau gula, susu pekat dan air suam sampai sebati.
2. Masukkan 1 paket Mauripan dalam sebatian tadi dan kacau lagi sampai berbuih & biarkan dalam 10 minit.
3. Cairkan butter/majerin dalam bekas yang lain.
4. Masukkan telur dalam bekas butter/majerin yang cair tadi dan kacau sebati.
5. Campurkan tepung, sebatian butter/majerin telur & yeast tadi dan kacau & uli sehingga mampat.
6. Biarkan 45 minit. (Terkezut den bila pegi balik dapur..makkk aiii, adunan membesar dengan jayanya..dah kata tak pernah masak pakai yeast sebelum ni..terpegan jap..tapi terlupa amik gambo, boleh? huhu..)
7. Buat bebola, adunan lembut, jadi disebabkan gigih gak nak buat lubang kat tengah, bila buat bebola tu, ku tabur2 sikit tepung gandum, so dia jadi keras sikit and bolehlah buat lubang kat tengah tu..hehe..Pastu goreng kat dalam minyak yang panas. Dah siap, tabur gula yg dah diblend tadi :)
8. Disebabkan aduann kembang dgn jayanya and baaaanyak, jadi separuh ku simpan dalam freezer, lagi sikit, ku uli panjang macam ular tu, pastu lilit kat sosej yang dah direbus. Pastu nak gak buat experiment. Disebabkan tanak goreng, daku masukkan kat dalam oven yang panas 160'c dan bakar dalam masa 20 minit. Agak berjaya jugaklah experiment ku ini. EH siap makan takyah sos lagi. Cuma kalo nak buat donut tu mmg kena goreng, tak sesuai bakar :)
Ni lah hasil experiment ku ini..hihi :)
Ini hasil gorengan donut yang gigih nak gak buat lubang kat tengah..;p
Tadaaaaaa... Hasil dua2 fenomena donut gojes. Satu goreng, satu tak goreng :D
Okies, till next entry sumer :)





2 comments:
Haha..orang br jer buat resepi nie. actually nie resepi donut ball kan :)
sedap kan hehe
kan kan aizan..sedaappp...aah mmg donut ball nye resepi :D
Post a Comment