Z&K...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 19, 2013

Very The Simple Cheesecake

EH jarang demand nak makan ape. Makanya ari tu bila tanya ada tak nak makan cake n cake ape, bila jawapan EH cheese cake, terus daku menggoogle kan diri. Siap type simple lagi kat depan cheese cake tu.

Jom tengok hasil cheese cake yg ku buat ini.

Resepi:
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Takde dalam gambo: Tepung & Gula..hehe


Sikit je kan bahan2 dia...Nak buat dia, laaaaaaagi simple. 

1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Haaa..kan dah kata simple...Tapi inilah yang terjadi:

Tuang dalam loyang...Loyang ku super besar..huhu..tak sesuai.. :(

Akibat derhaka pada original resepi..tak tutup dgn aluminium foil..Terhangus sikit kat atas..huhu lagi

Hasil nya..tak ke nampak nipis n kecik comel je jadinya..kalo tebal sikit lagi umph kot.. :(

Ish ish..resepi simple pun tak boleh jadi gak...EH cakap sedap tapi more tu rasa puding..Makanya, rasanya macam nak kena buat lagi ni..Ada sesapa leh bantu nak wat cheesecake yg yummy tapi simple? EH tanak yg ada base biskut tu...nak yg simply cheese cheesecake... :)

Tq ye :)


Till next entry sumerrrrr :D



3 comments:

Unknown said...

yang kalau nak lagi gebus bakar kaedah water bath.....baru tak hangus atasnya...ngeeee

-DoUbLe Z- said...

Alamak...water bath..waaa tak pernah dengar..huhu..anis ada wat entry resepi cheese cake tak? nak link plizz :)

Mimy Hamid said...

cuba try rezepi cikna n kak mi ye..huhuhu tak jadi naya aku