Assalamua'laikum
Pejam celik pejam celik, lagi 22 hari lagi InsyaAllah nak masukkan Along ke tadika. Nervous sangat rasa. Dah macam nak amik result spm lak. Tapi banyak lagi kelengkapan tak beli lagi. Bag lah, botol air lah, pencil case lah, huhuhu banyak2
Tadi baru je tempah tag nama..RM1 sekeping...pantas sungguh dia..Baru google tadi blog dia, pastu wassap, terus reply..pastu tanya bila estimate boleh dapat, sekali dia kata nak pos esok..waahhhh terbaiklah servise..siap boleh consult lagi kaler ape, font kaler apa...tadi baru dapat wassap tracking no...well done Alimaz..
Selesai bab tempah tag, nak carik org jahitkan pulak..dah wassap officemate tanya leh tak..wife dia mmg leh jahit..harap2 dia cakap boleh..
Kang tgh hari ingat nak kuar jap, gi beli pekakas school Along.
Harap2 dapat lah sumer...pasni dah start bizi silap2 almost everyday kena stay back kat office..
Sementara tgh free2 sikit ni gi beli lah jap..
Okies jom masuk pasal Khayra pulak..Alhamdulillah, ari ni genap 1 tahun 4 bulan. Dari segi pot pet, Imani lebih banyak action dari pot pet..words still sama: nak, naaaak (tanak), nah, cak, pah (terkejutkan org), cat, kak (bukak)...mama n abah still lagi belum
Bab point to the correct parts or things pun kekadang betul kekadang tak...
Tapi kalau bab action, mmg la number one..
Memula nampak tgh main kat depan..lagi sekali pandang dah hilang..rupanya dah kat dlm bilik duduk goyang kaki atas kerusi nak bukak almari..mmg la berderau darah, kot2 terbalik jatuh
Conteng dinding pun dah pakar..memula ingat Along buat, siap nak marah dah, sekali caught red handed..kusyuk je conteng..grrrr
Suka main masak2, scoop cotton ball pakai sudu, pastu tuang balik..
Pastu suka main lekat2 sticker..
Slides pun dah pakar naik..kalau tak halang mmg la naik kot depan slides tu, tanak pakai tangga...grrr lagi..
Apa2 pun, korang berdualah setakat ni harta mama n abah dunia akhirat..mama doakan korang berdua dikurniakan adik lelaki lak ek..hehe..siap mama kirim doa lagi kat maklong yg tgh buat umrah tu..semoga dikabulkan doa kita semua..
Semoga anak2 mama membesar dgn sihat, bijak, cemerlang di dunia dan akhirat, sentiasa berlemah lembut dan berhati mulia, mendengar kata, menjadi hambaNya yang soleh dan solehah..Yang sentiasa mendo'akan mama n abah ketika kami di dunia dan telah meninggal dunia...Mam doakan, kita sekeluarga bertemu kembali di syurgaNya kelak..Amin Ya Rabbal A'laminnn...


No comments:
Post a Comment