Assalamualaikum.
Lately tak sure kenapa rasa kurang motivated nak datang keje. Terasa sangat nak berhenti n jadi SAHM. At the same time kesian dekat EH. Yelah kan. Ekonomi sekarang memang lah sangat super duper mencabar. Bak kata viral tu, RM50 baru dapat dua botol besar minyak masak.
Tapi kalau kita look at positive view, maybe its time for us to change our lifestyle. Cari way to reduce our cost. Again, cakap memang senang. Practical sangatlah banyak rintangan dan dugaan.
Maybe bukan dlm masa terdekat kot nak jadi SAHM. Maybe masa Kaisara dah nak start masuk standard 1.
Bak kata EH, worst come to worst, kita balik kampung je lah..hehe
Menarik gak tu. Again, change of lifestyle would be the key word.
Yang pasti, rezeki Allah yang bagi. Yang pasti, rezeki ada di mana2. Dan yang paling pasti, rezeki bukan RM semata mata. Kesihatan, kebahagian, kehidupan bahkan anggota badan juga rezeki yang tak ternilai. Cuba bayangkan tak ada jari kelingking. Tak terbayangkan. Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang Allah kurniakan.
Kekayaan juga ujian. Nabi sendiri cukup takut dengan ujian kekayaan dari kemiskinana. Lumrah manusia, bila dalam kesusahan, dalam kemiskinan, senang ingat Tuhan. Rajin beribadat dan berbuat amal. Tapi bila kekayaan belenggu diri, terus alpa. Terus lalai. Lantas ibadah bagai lepaskan batuk di tangga. Amal cuma sekadar sahaja. Nau'zubillahiminzalik.
Diriku hamba Allah yang biasa. Seorang pendosa. Tetapi mendambakan SyurgaNya. Ku pohon Ya Allah, Kau akhirilah hidupku dengan kemuliaan, dengan ketaqwaan hanya kepadaMu. Bersihkanlah hatiku. Perelokkanlah akhlakku. Lembutkanlah lisanku. Kurniakanlah aku kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kehidupan yang sekadar persinggahan ini.Ampunilah dosaku dan suamiku, anak2ku dan keluargaku serta sahabat2 ku. Kami rindu kepadaMu Ya Allah, rindu kepada kekasihMu, Ya Rasulullah...Jauhkanlah kami dari azab neraka, dari fitnah kubur dan masukkanlah kami ke dlm syurgaMu Ya Allah...Aminnnn


1 comment:
Aminnn.. semoga dipermudahkan semuanya
Post a Comment