Z&K...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 25, 2017

Umrah Part 1: Jemputan Menjadi TetamuNya, Persediaan Sebelum Berangkat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Dah lamaaa bersawang blog ni. Alhamdulliah 40 hari yang lepas 18 December 2016 selamat tiba ke tanah air dari Mekah.
Dah sebulan lebih dah tapi belum berkesempatan mencoretkan memori dalam blog ni. Jadi entry2 utk umrah ni akan jadi suuuuper panjang..hehe

First of all, Alhamdulillah Syukran Ya Allah kerana menjemput kami ke Tanah SuciMu. Masa first time Along cakap, Shuda, nak tak gi umrah dgn Kamal. Ayah and Adik Emi and Aqilah pun InsyaAllah pergi sekali. Rasa macam, Ya Allah, betul ke ni? It was in May 16.

Benda pertama nak kena decide is nak bawak bebudak ke tak. After longggg discussion, kitorang decide bebudak tinggal. Masa decide tu, everytime fikir pasal bebudak bakal kena tinggal rasa macam nak meletup jantung. Almaklumlah, sejak dua2 permataku lahir, tak pernah walau semalam pun tinggal diorang. Lepas tu cepat2 istighfar. Muhasabah balik. Go back to niat. Niat dalam hati nak menunaikan ibadat dengan tenang, fokus. Allah ada untuk pelihara mereka. Anak-anak pinjaman dariNya. Hatta, diri sendiri pun. Senjata utama adalah doa. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dan orang yang tolong jaga mereka. Alhamdulillah, sikit2 perasaan jantung nak meletup tu makin hilang. Timbul rasa semangat untuk mendapatkan umrah yang mabrurah. Bagi yang bakal membawa anak2 kecil, sama juga. Berbalik pada niat. Usaha ke arah niat dan doa banyak2, InsyaAllah bakal dipermudahkan :)

Then start baca pengalaman orang, bertanya, mentelaah, membuat nota, menonton video dan mendengar ceramah. One thing though yang sedih tak dapat buat, hadirkan diri ke formal kursus umrah. Since the kursus was plan at the very last minute, plus there was a big hiccup when we attend at the wrong date, maka tak ada rezeki nak hadirkan diri. Tapi Alhamdulillah, berkat doa dan ramai orang yang sudi membantu mengajar, kami dapat menunaikan umrah dengan baik. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Selepas decide untuk pergi berdua je, kena lah prepare mentally bukan setakat kami je, but anak2 juga. Jadi, dlm bulan May 16 tu dah start slow talk dengan Along yang nanti mama and abah nak pergi umrah, bulan December, lama lagi. Along and adik tinggal kat kampung, rumah Tok. Boleh main dgn Aber (cousin yg same age as Along) if Mak Long bawak Aber pergi rumah Tok. She was excited thinking that balik kampung boleh main-main. At that time belum bersedia lagi nak declare that she and adik will have to spend their nights at Tok's. But we have to postpone our further explanation since Along kept asking is it Dec yet since the first talk we had. We have to ask her to stop asking about Dec. Haha...

Then in Oct 16, we tried again. Slow talk with Along. Remind her in Dec she and adik will be at Tok's house while mama and abah going to Mekah. Since in Sept 16 there was a hajj celebration kat school along, so she knew a bit about Kaabah and Mekah. So, when we told her about Mekah, she will said Along tahu mama nak solat kat Kaabah kan. Something like that.

In Nov 16, slowly reveal pasal kena tido dekat rumah Tok. At first as expected she said, she doesn't want to. Pastu tetiba tanya balik, mama bawak ke baju tido along n adik? Alhamdulillah, dah nampak dah acceptance kat situ. Tapi still tak berani reveal yang kena tido lamaaa. Huhu.

Masa ni dah start beli barang kelengkapan umrah. Share sikit pasal barang kelengkapan lelaki dan perempuan. Banyak beli online and ada yang pinjam and ada yang orang bagi. Alhamdulillah.

List Muslimat:
1              Telekung sembahyang - 4 helai (tanpa kain)
2              Mini telekung - 2 helai (tanpa kain)
3              Baju kurung/Baju Jalan - 3 pasang
4              Tudung instant/Brooch
5              Anak Tudung - 5 helai
6              Jubah biasa - 3 pasang
7              Baju tidur dan seluar panjang - 2 pasang
8              Stoking tawaf & saie(bertapak tebal) - 3 pasang
9              Stoking biasa - 10 pasang (make sure tebal yang boleh bawak solat)
10           Tuala kecil - 1 helai
11           Hand Socks - 3 helai
12           Jubah seluar - 2 pasang
13           Singlet berzip (untuk keselamatan) - 2 helai
14           Buku doa(kecil)& quran /surah yassin - 1
15           Pakaian dalam wanita yang secukupnya (Disposable Panties 20 Bra 10)
16           Penyangkut baju - 5
17           Ubat-ubatan(ubat batuk/sakit tekak/Strepsil/cirit-birit/vicks/vitamin c)
18           Donation
19           Set gantung kecil, pengetip kuku - 1
20           Beg sejadah kecil - 1
21           Uncang kasut - 1
22           Alat cukuran - Gunting Kecil
23           Toiletries
24           Krim bibir dan tumit - 1
25           Marker pen (jika perlu) - 1
26           Telefon bombit & charger - 1
27           Note Book
28           Pemotong Kuku
29           Towel
29           Botol air
30           Kasut
31           Pad & Panty Liner
32           Bantal leher dlm flight
33           Shades
34           Botol Spray
35           Sabun/Berus baju
36           Tag Beg/Riben
37           Wipe
38           Choc/Snack

List Muslimin:
1) Kain ihram - 2 Pasang
2) Tali pinggang - 1 utas
3) Baju melayu - 2 helai
4) Baju biasa(t-shirt) - 4 helai
5) Singlet berlengan dan berzip - 4 helai
6) Kain pelikat - 4 helai
7) Seluar panjang - 2 helai
8) Tuala kecil - 1 helai
9) Stoking - 2 pasang
10) Selipar (pastikan jari-jemari terlihat) - 1 pasang
11) Kasut biasa(lembut) - 1 pasang
12) Buku doa(kecil)&surah yassin - 1
13) Penyangkut baju - 5
14) Ubat-ubatan(ubat batuk/sakit tekak/Strepsil/cirit-birit/vicks/vitamin c
15) Sarung beg/jaring - 1
16) Set gantung kecil, pengetip kuku - 1
17) Beg sejadah kecil - 1
18) Uncang kasut - 1
19) Alat cukuran - 1
20) Alat2 mandian - 1
21) Sabun mandi - 1
22) Krim bibir dan tumit - 1
23) Marker pen(jika perlu) - 1
24) Telefon bombit & charger - 1

Macam jubah tu kalau plan nak beli kat sana maybe boleh bawak sikit lagi. Hanger mmg sangat perlu utk org yg tanak hantar laundry. So, just basuh n hang dlm toilet pastu hang kat dlm bilik. Alhamdulillah, pepagi sebelum gi solat subuh tu basuh, by malam sebelum tido dah kering.
Macam baju tido pun just hang je takyah basuh pun ok for sehari dua sbb tak peluh sgt.

Dokumen penting kalau mahram ikut siapa mahramnya. Kalau husband, perlu surat nikah dan dicop oleh jabatan agama Islam sebelum diserahkan ke agen untuk dicop kali kedua oleh kementerian luar Wisma Putra. Kalau ayah, perlu sijil beranak untuk disahkan. Cucuk vaksin juga perlu sebagai usaha kita untuk kekal sihat sepanjang beribadah di sana. Masa Nov 16 cucuk dalam RM160 seorang.

Antara persediaan lagi, boleh start buat solat tahajjud, taubat dan hajat. Tips, bagi yang bekerja, or maybe yg tak bekerja pun boleh apply. Setiap hari bangun dlm pukul 5.10pagi, terus mandi, pastu buat solat tahajjud, taubat dan hajat. Lepas tu baca Quran dan terjemahan dlm sehelai dua. Masuk je Subuh, terus solat sunat subuh dan solat fardhu subuh. Then boleh lah start buat bekal anak2, bekal mak, and apa2 lg persediaan sebelum gi kerja n anta anak g school/pengasuh. Lagi awal start lagi baik dan sentiasa selitkan doa utk istiqamah. InsyaAllah ok :) Oh ya, kalau subuh lambat, selepas baca Quran tu boleh lah prepare dulu barang2 and then ambil wudhu' balik and solat.

Berbalik kepada Along and Adik. Tengah2 Nov 16 dah start reveal yg mama n abah gi Mekah lama. So Along and Adik tido umah Tok lama. 14 hari. Untuk elakkan Along bertanya banyak kali bila mama and abah nak balik, ada buatkan chart:






Pesan kat Along, before sleep tu, tick satu. Esok malam tick lagi. Until 14. InsyaAllah mama dan abah balik dah lepas abis tick tu. Pesan juga kat Along, kalau rindu, baca Al-Fatihah.

Date penerbangan kami 7hb December 2016 (Rabu). Tapi disebabkan Isnin & Selasa tak boleh cuti, kitorang terpaksa hantar anak2 awal ke kampung. Sabtu (3 Dec) pagi bertolak naik kereta. Ahad petang naik flight berdua.

Jumaat malam sebelum esok paginya kami anak beranak bertolak ke kampung, tiba2 tgh packing Along yang kat ruang tamu cakap..perlahan je "Mama, kalau along dah baca Al-Fatihah tapi along rindu mama jugak macam mana?". Alamak..ni mesti dah lama dlm kepala tp skang dah kritikal moment baru keluarkan ni. "Along bacalah Al-Fatihah lagi banyak2 kat mama".
"Tapi kalau along dah banyak2 lagi lepas tu along rindu jugak lagi macam mana." Adeh. Think mama. Think.
"Haaa, jap...ni ada dua album ni, satu along satu adik. .kalau along rindu mama abah, sambil baca Al-Fatihah along tgk gambar mama abah n hug ye". Alhamdulillah no more question after that.

Esoknya Sabtu, Alhamdulillah before Maghrib kitorang sampai di kampung. Malam tu, since Along tau yang Ahad mama bakal gi Mekah, memang gelisah sangat. Sebelum tido, adegan air mata. "Along nak ikut mama lah. Nanti kesian adik. Adik nangis nak mama macam mana."
Hati...tolong kental. Air mata..tolong hold jap.
"Takpe, Tok kan ada. Wan kan ada. Nanti Aber datang leh main sama2 dgn along n adik. Haa, nanti mama call pakai video, boleh cakap sambil tgk muka mama n abah. Okay?"
Alhamdulillah dapat terima penerangan walaupun akhirnya mata terlelap dgn linangan air mata masih bersisa.
Malam tu, tiga kali along bangun. First time bangun minta tolong tepuk. Second sama. Third time, nak tido atas katil sama2 dgn mama n abah. Dah tido sama2 baru lena sampai pagi. Walhal sebelum ni tak pernah sekalipun bangun malam. Nampak sangat dlm kepala asyik terfikir mcm2.

Esoknya, Ahad, kitorang decide masa nak keluar nanti diorg yang keluar dulu pergi rumah cousin. Hug along n adik. Mention pasal maman abah dah nak g Mekah dah. Then, after they left, ayah hantarkan kami ke airport. In the flight back home, tumpah jua air mata ibu.

Allah Maha Perancang. Sebaik-baik Perancang. Ahad malam tu memang kitorang tak dapat tido sangat. Air mata peneman. Rupanya Kaisara pun sama. Khayra lak tak cakap mama tapi macam tercari-cari. Isnin malam getting better. Selasa Alhamdulillah, anak2 makin okay dan parents pun sama. Rabu, 7th December 2016, bermulalah perjalanan kami ke Tanah Suci Madinan sebelum pergi menunaikan umrah di Mekah.
Hikmah kami terpaksa hantar anak2 awal sebab Allah nak memberi waktu untuk kami adjust emotion kami sebelum focus menunaikan ibadah di Tanah Haram. Terima kasih Ya Allah dengan perancanganMu yang sempurna.

Di KLIA

Kami berlima

Transit seketika di Riyadh

Di Riyadh

Perjalanan ke Al-Haram

Check in sambil tahan mata yang super mengantuk..hehe


Alhamdulillah, tepat jam 2pm, kami berangkat ke Madinah dari KLIA. Berhenti seketika di Riyadh selama satu jam untuk drop passengers and fetch passengers. Jam 5pm waktu di sana. Dalam pukul 7pm, Alhamdulillah kami selamat tiba di Madinah Airport.

Ujian pertama kami, untuk immigration clearance mengambil masa 3 jam baru kami dapat keluar dari airport dan ke hotel penginapan, Al-Haram.
Tiga jam menanti sambil berdiri memang agak mencabar. Nak2 mata masing2 sangat mengantuk dek jet-lag. Almaklumlah waktu di Malaysia jam 3pagi. Perbanyakkan istighfar, selawat dan berzikir. Allahumma yasir wala tuasir. Ya Allah, permudahkanlah  dan jangan Kau sulitkan Ya Allah.
Masa tu muhasabah balik. Ramai yang flight delay dua hari di Malaysia sama2 tiba. Dugaan mereka lebih hebat dari kami yang sekadar tiga jam. Insaf...

Alhamdulillah, kami bersembilan lepas dan dibawa ke hotel oleh Ustaz Daim ke Al-Haram. Oh ya, lupa. Agen kami Rey-Z Travel. jemaah ada sembilan orang dan lima daripadanya adalah kami sekeluarga. Husband and me, ayah, adik dan adik ipar. Tiba di Hotel Al-Haram jam 11pm. Baik sungguh Ustaz Daim, seorang ustaz dari Indonesia yang menginap di Madinah. Dia tolong tapaukan makanan untuk kami semua. Terima kasih ustaz :)

Maka, bermulalah malam pertama kami sebagai tetamu Allah dia Tanah Suci Madinah yang tenang dan damai.

InsyaAllah jumpa lagi di next entry... :D

No comments: