Z&K...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 30, 2017

Umrah Part 2 : Madinah Al-Munawwarah Yang Damai & Tenang

Alhamdulillah..

Sesampainya di Hotel Al-Haram Madinah, tiba di bilik dalam pukul 11 lebih malam. Perkara pertama di buat sebelum tidur adalah melihat bila waktu Subuh. Di lobby hotel ada dipaparkan waktu solat. Boleh snap dan dibuat rujukan. Bisanya azan Subuh akan berkumandang dua kali. Sekali untuk membangunkan Jemaah dan sekali lagi menandakan waktu solat Subuh.

Bulan December merupakan musim sejuk di Madinah dan Mekah. Subuh dalam pukul 5.30 pagi. Tapi untuk mendapatkan tempat solat yang selesa, disarankan datang awal. Around 3.30am Alhamdulillah berjaya bangun despite of tido lambat. Zara tido sebilik dengan husband and ayah. Basuh baju, siap2 tengok jam dah menunjukkan pukul 4.15am. Cepat sungguh waktu berlalu. Setelah ambil wudhu', and baca surah Al-Ikhlas tiga kali sambil tangan di bahagian bawah pusat, pastu tahan nafas, tarik tangan ke arah atas, Usaha untuk mengekalkan wudhu'. Tapi jangan lupa bawak sekali botol spray yg berisi air ye. Senang kalau tetiba perlu ambil wudhu' di masjid.

Since Ayah and EH gerak later. So gerak dulu dengan adik ipar, Aqilah. Alhamdulillah, Al-Haram dekat dengan gate 25 & 26. Untuk pengetahuan, gate untuk muslimah solat paling dekat adalah gate 25 & 26. Nanti akan terus masuk entrance masjid.

Bab kasut pulak. Honestly masa dekat malaysia mcm2 dlm kepala pasal kasut ni. nak letak dlm uncang ke? Nak bawak sekali kasut masuk masjid ke and nanti masa tawaf nak bawak sekali ke?
Akhirnya nekad. Since was2 kasut ada najis tak kalau nak bawak masuk masjid, ambil keputusan letak dlm uncang, and then letak dekat rak kasut. Masa first time masuk masjid letak dekat rak yg dekat entrance. Then baru perasan, dlm masji ada banyak lagi rak yang bernombor. So, letak dlm uncang yg kakak kat office hadiahkan, lepastu letak dekat rak and hafal the number and tawakal. InsyaAllah kasut ada dekat tempat kita letak. Di Madinah suka letak dekat rak di kawasan air zam2. Sebabnya, sebelum solat suka minum air zam2 dulu and sebelum keluar masjid pun minum and isi dlm dlm botol kecik utk minum dekat hotel nanti.

Kalau melalui gate 25 & 26 tadi, jumpa dataran, terus jumpa pintu masjid untuk wanita.
Bila dah dekat nak sampai di pintu masjid, siap2 bukakkan zip bag dan bersedia utk ditunjukkan ke penjaga pintu masjid. Handphone selalu letak dlm poket dlm jubah atau letak dlm bag dalam2. InsyaAllah ok. Process nak cek bag tu sekejap sangat.

Nak melangkah masuk ke dalam masjid, langkah kaki kanan dahulu dan berdoa semoga Allah membuka pintu rahmahNya buat kita. Masa first time teguk air zam2 di Madinah juga di Mekah, boleh berdoa supaya Allah menghilangkan rasa haus dan sebagai penawar kehausan kita dipadang masyar nanti. Aminnn.

Air zam2 setiap kali minum jangan lupa ye utk berdoa. InsyaAllah dimakbulkan. Niatkan agar diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan supaya boleh beribadah dengan kusyuk.

MasyaAllah, cantik sungguh Masjid Nabawi. Selepas melalui tong2 air zam2 kita boleh memilih, untuk solat di kawasan wanita dan kanak2, bolehlah ke kanan. Untuk solat di kawasan wanita tanpa kanak2, boleh terus berjalan ke hadapan. Penghadang untuk masuk ke kawasan Raudhah bagi wanita berada di kawasan wanita tanpa kanak2.

Sesampai sahaja di kawasan wanita tanpa kanak2, dinasihatkan berdada di saf hadapan sekali. Selalunya di kawasan berkarpet cepat penuh. Maka dinasihatkan untuk membawa sejadah supaya boleh dibentangkan. Lantai agak sejuk lebih2 lagi jika di musim dingin.

Sebelum duduk, solatlah Tahiyatul masjid dulu ye. Then jika waktu Subuh belum masuk lagi, bolehlah solat Tahajjud, Taubat dan Hajat. Sesudah menunaikan solat2 sunat dan waktu azan belum lagi berkumandang, bolehlah kita membaca Al-Quran dan terjemahan. Di sinilah kita dapat membaca dengan tenang dan focus. Baca sebanyak mana yang mampu.

Selepas azan, biasanya ada beberapa minit sebelum solat. Dirikanlah solat sunat Subuh. Kemudian solatlah Subuh berjemaah. MasyaAllah, sedap sangat bacaan imam. Memang air mata sangat murah di sana. Senang sungguh nak keluar.

Di Madinah dan Mekah, selepas solat fardhu, imam tidak membaca doa secara berjemaah. Sesudah solat, zikir sebentar dan angkatlah tangan utk berdoa secara sendiri. Kemudian imam akan memberitahu yang solat Jenazah akan didirikan secara berjemaah. Di sini hampir setiap waktu selepas solat fardhu akan didirikan solat Jenazah secara berjemaah.

Niat solat jenazah, "Sahaja aku mendirikan Solat Jenazah, 4 takbir mengikut imam kerana Allah Ta'ala".
Selepas takbir pertama, baca surah Al-Fatihah. Selepas takbir kedua, bacalah selawat ke atas nabi. Selepas takbir ketiga baca "Allahummagh firlahu, warhamhu, wa'afini, wa'fu'anhu".
Selepas tabir keempat, beri salam secara berdiri.

Seusai solat jenazah, kita boleh niat i'tikaf dan sambung lagi bacaan Al-Quran dan terjemahan. Then, bolehlah bersurai ke hotel atau masuk ke Raudhah apabila pintu dibuka. Selalunya pintu Raudhah untuk wanita dibuka sesudah Subuh, sesudah Zohor dan sesudah Isya'.

Sepanjang berada di Madinah, Alhamdulillah Allah memberi rezeki kepadaku untuk masuk sebanyak 4 kali. Next entry InsyaAllah akan diceritakan mengenai Raudhah.

Berbalik kepada hari kedua kami di Madinah, sesudah solat kami ke hotel untuk breakfast dan ready untuk dibawa oleh Ustaz Daim berjalan jalan di kota Madinah secara berjalan kaki.

Makam Nabi dibawah kubah hijau

Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar juga berada di seblah makam Nabi

Tenang dan damai. Dataran Masjid Nabawi. Rezeki ingin melihat bumbung payung dibuka takde since biasanya di musim sejuk tidak dibuka.


Pasar borong di Madinah


Kami juga dibawa ke Pekuburan Baqi', Masjid Tujuh dan Asmaul Husna Exhibition. Alhamdulillah. Cuaca elok sekali.

Selesai berziarah, kami pulang ke hotel untuk berehat dan makan tengah hari sebelum melangkah ke masjid bagi solat Zohor...

Jumpa lagi di next entry InsyaAllah :D




No comments: