Entry kali ni berkenaan Raudhah. Di bawah berkenaan Raudhah yang di ambil dari blogger2 yang lain. Selepas pengenalan mengenai Raudhah I will share my own experience in Raudhah and some tips.
Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah
ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi
jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah
Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa
dan untuk makluman korang, tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri
dalam erti kata lain, kalau Rasulullah sendiri dah kata ia taman syurga, apalagi nak kita katakan, Subhanallah!
aku menulis pasal Raudhah kerana aku (dan aku rasa kita semua) PASTI mempunyai keinginan yang cukup kuat untuk ke kota suci Madinah dan Mekah untuk menunaikan haji/ umrah dan menjejakkan kaki ke Raudhah semestinya
dan peluang membaca pengalaman mereka yang telah menjejakkan kaki ke Raudhah menjadikan keinginan dan impian aku semakin tidak dapat dibendung lagi, di bawah ini aku sertakan pengalaman beberapa orang bloggers yang telah sampai dan menjejakkan kami ke Raudhah;
https://syahrilkadir.wordpress.com/2012/04/26/kisah-taman-syurga-bernama-raudhah-dan-makam-rasulullah-saw/
selain Raudhah, sudah tentu keistimewaan Masjid Nabawi adalah di sinilah lokasi makam Rasulullah SAW
Makam Rasulullah SAW ditempatkan di dalam sebuah kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau di dalam kawasan Raudhah
di sisi makam Nabi SAW terdapat makam dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a and Khalifah Umar al-Khattab r.a
mereka adalah antara sahabat karib Rasulullah SAW dan juga khalifah umat Islam selepas kewafatan baginda
mereka berdua adalah orang yang sentiasa menemani Rasulullah SAW ketika senang dan susah dan sentiasa mempercayai setiap kata-kata Nabi SAW di dalam apa juga keadaan
ada satu cerita menarik mengenai makam ini
ketika Rasullulah wafat, Baginda dikuburkan didalam kamarnya dan Siti Aisyah tetap tinggal dikamar yang sama, kemudian ketika Abu Bakar ra mendekati ajal beliau minta izin kepada Siti Aisyah agar dapat dikuburkan disamping sahabat yang paling dicintainya itu dan Aisyah mengizinkannya
seperti diketahui Abu Bakar adalah ayah dari Siti Aisyah
kemudian ketika Umar bin al-Khatab mendekati ajal, beliau juga minta izin Siti Aisyah untuk dikuburkan disamping sahabatnya, padahal Siti Aisyah sudah merancang untuk dikuburkan disamping suami dan ayah yang sangat dicintainya
tetapi kerana rasa hormatnya kepada Umar bin al-Khatab maka Siti Aisyah juga mengizinkannya
setelah Umar bin al-Khatab dikuburkan disamping Rasulullah, maka Aisyah tidak pernah membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang telah dikuburkan di kamarnya
begitulah mulianya Siti Aisyah, meskipun lelaki yang bukan mahramnya telah meninggal tetap saja Siti Aisyah tidak mahu menampakkan auratnya di depan kuburan Umar
kedudukan pusara Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab adalah seperti solat berjemaah yang mana Rasulullah SAW menjadi imam kepada Abu Bakar dan Umar.
di mana letaknya makam Rasulullah SAW dan para sahabat?
1. Makam Rasulullah Saw
2. Makam Sy. Abu Bakar as Shiddiq
3. Makam Sy. Umar ibn Khaththab
4. Tempat yang menurut suatu riwayat disediakan untuk Nabi Isa AS, ada 2 kemungkinan yaitu berada luruh dengan Rasulullah saw atau berada dibelakang Sy Umar ibn. Khaththab
apabila masuk ke dalam Raudhah, berdirilah menghadap ke arah kiblat
kita akan nampak di sebelah kiri ada sebuah bangunan berbentuk 4 segi berwarna hijau tua dan bangunan itu dulunya adalah rumah Rasulullah SAW & Siti Aisyah dan Saidina Ali & Siti Fatimah (Fatimah Az-Zahra) dan di situlah juga terletaknya makam Rasulullah SAW dan para sahabat
terdapat kubah berwarna hijau tua yang menjadi tanda letaknya makam Rasulullah SAW dan kubah ini boleh dilihat dengan jelas dari luar Masjid Nabawi
* semua kisah/gambar di atas diambil daripada pembacaan yang aku dapat daripada media maya, kepada mana-mana blogger yang telah aku siarkan kembali penulisan mereka, hanya Allah saja yang mampu membalas kebaikan yang telah mereka kongsikan ini. Semoga ianya akan memberi kita ilmu yang bermanfaat…yang baik dari Allah, yang buruk itu dari kita insan yang lemah. Wallahualam.
..............................................................................................................................................................
Pengalaman sendiri:
Alhamdulillah, Allah memberi rezeki untukku masuk ke Raudhah sebanyak 4 kali.
Pertama sekali masuk ke Raudhah pada waktu selepas solat Zohor bersama adik ipar. Seusai solat, kami duduk berdekatan dgn pintu 5 dan 4.
Tapi bukan di bahagian depan sekali. Dalam dua ke tiga baris dari depan. Sebabnya guard akan panggil duduk di tempat lain bagi orang2 Asia.
"Ibu, ibu, hajah, hajah sana sana". Lebih kurang macam tu.
Tapi tundukkan kepala dan baca Quran dan zikir serta doa agar Allah permudahkan semuanya.
Tips: Boleh pakai telekung warna hitam so tak obvious sgt org Asia :)
Bukan kenapa guard asing2 kan. Sebabnya safety takut kita berhimpit-himpit dgn org yg lebih besar tubuhnya.
Nanti dalam setengah jam macam tu guard akan berhenti memanggil. Masa tu boleh standby. Kalau dah ada jemaah barisan depan start berdiri, ikut sama berdiri dan perlahan-lahan berjalan ke depan berdekatan dgn pintu. Jangan rempuh atau tolak orang. Bila guard buka je pintu penghadang, masuk dan jauhi orang ramai yang berada di tengah. Pilih kanan atau kiri jemaah yang ramai. Since kita tak follow arus, lari menuju ke Raudhah tanpa bertolak atau merempuh orang lain.
InsyaAllah, nanti tiba2 je kita akan sampai ke Raudhah dan banyak lagi ruang kosong dan kita akan nampak carpet hijau terbentang indah dan sangat harum baunya. Serious rindu. Solatlah dlm keadaan tenang. Dan kalau boleh jangan tamak. Solat lah dua ke empat rakaat. Dan berdoa secara berdiri di tepi tiang especially kalau hendak mebaca doa2 yg dikirimkan oleh keluarga dan sahabat.
Oh ya, tips utk kumpulkan doa. Tanyakan kepada yang kita tahu bakal mengirim doa. Compilekan dlm bentuk softcopy. Sebelum print tgk dulu mcm mana layout yg sesuai. Macam Zara last time agak ramai yang mengirim. Makanya print double sided A4 paper and potong dua. Laminate kan. InsyaAllah mudah utk kita hendak membaca doa nanti.
Agak lama kami di Raudhah untuk pertama kalinya. Alhamdulillah, Syukran Ya Allah.
Untuk kedua kalinya adalah pada pada selepas waktu Isya'. Kali ni pergi bersama2 dgn jemaah yg lain, total kami berempat. Ada ustazah yang akan datang guide kami. Tapi disebabkan ustazah tu bawa kami dari pintu exit, for me rasa mcm uncomfortable. Yelah, sbb menentang aruskan dan bersesak-sesak. Walaupun tiba di Raudhah ustazah membuat penghadang agar kami dapat solat, Zara memilih utk duduk di area hujung Raudhah dan berdoa. Memberi peluang utk ustazah menjadi penghadang utk tiga org instead of empat. Alhamdulillah. Sesudah solat dan berdoa kami pulang ke hotel.
Kali ketiga, again after solat Zohor. Kami bertiga. Guna tips mcm first time masuk ke Raudhah. Alhamdulillah dipermudahkan dan dapat solat dgn tenang di situ. Syukran Ya Allah.
Di Raudhah nanti, air mata sangat murah. Automatik akan keluar. Yelah kan, diberi kesempatan oleh Allah untuk solat dan berdoa di tempat Nabi pernah berdoa dan solat dan berdekatan dengan Makam Nabi sendiri. Allahuakbar. Lagi satu, sentiasa bersangka baik dan meminta hajat yang baik. InsyaAllah Allah akan kabulkan. Paling manis Allah memberi peluang menolong seorang ibu yang tengah solat sambil mendukung anak dan menyandang bag. Bila bagnya terjatuh dari bahu dan baby mula menangis, tergerak utk mengambil bagnya. Seperti dpt baca apa yg ada dlm hati sambil dukung baby and solat ibu tu menghulurkan tangan yang menyandang bag. Cepat2 daku ambil dan berdiri di sebelahnya sambil memegang bag sehingga ibu tersebut habis solat. Selesai solat, si ibu memandang tepat ke dalam mata sambil mengucap terima kasih dan memegang erat tanganku. Ya Allah, tak tergambar rasa. Air mata turun mencurah-curah mengenangkan Allah memberi rezki menolong orang di dlm Raudhah. Allahuakbar. Syukran Ya Allah...
Kali keempat ke Raudhah adalah hari terakhir kami di Madinah. Wida' Rasulullah. Kali ni kami pergi berempat. Rezeki kali keempat ni kena beratur dua kali. Bila di hadapan pintu penghadang. Instead of berada di pintu 3 pada awalnya, kami beralih ke pintu 4-5 seperti kebiasaan sebelum ni. Tapi pintu penghadang ke 3 yang dibuka dahulu. Jarak agak jauh agak untuk kami sampai ke pintu. Dan apabila berada berhampiran dengan Raudhah, kami berkumpul sekali lagi utk menunggu signal kebenaran masuk kerana ruang Raudhah dah full.
Agak lama kami di situ. Di sebelah kami ada sekumpulan orang Turkey. Salah seorangnya ternampak rambut sedikit. Tangan cepat je tolong masukkan rambut yg terkeluar ke dlm tudungnya semula. Ucapan terima kasih ku balas dgn senyuman.
Bila tiba waktu untuk kami masuk, umat amatlah ramai. Kami terpisah. Aku bersama adik ipar. Di dalam Raudhah hampir setengah jap kami hanya berdiri dan berdoa. Depan belakang kiri kanan padat dengan manusia. Adik ipar ajak keluar sbb mmg nampak mcm tidak ada rezeki utk kami solat di Raudhah kali ni. Tiba2, mataku bertentang dgn remaja Turkey tadi. Diorg tgh buat bulatan menghadang org yg tgh solat di tgh2. Tangannya menggamit dan membuat isyarat utkku solat di dlm bulatan tersebut. MasyaAllah. Cash Allah membalasnya. Alhamdulillah, dpt solat buat kali terakhir utk trip kali ini. InsyaAllah, akan ku pijak lagi bumi Madinah dan Mekah utk Haji, Umrah dan Ziarah. Amin Amin Amin.....Syukran Ya Allah....
Petangnya, selepas solat Zohor dan Asar secara Jamak & Qasar, kami bersembilan dan Ustaz Daim bergerak menuju ke Mekah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Alhamdulillah...







No comments:
Post a Comment