Z&K...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 21, 2013

Bawang Goreng

Siapa kat sini suka makan bawang goreng angkat tangan? Hehe..Mama Sara ni memang la suka makan something yg crunchy2..bila kunyah bunyi kriuk kriuk..baru best..makanya, antara yg terlibat, kopok, meruku, rempeyek & bawang goreng...

Dulu, sebelum kahwin, ada jugak beli bawang goreng kat kedai. Masa zaman belajar dulu lah..tapi bila dah duduk tumpang kat umah akak, maid akak/along suka masak, so dia selalu gak buat bawang goreng..sekali dia goreng dalam kuali, super banyak...dia ada la bagi tips macam mana tanak kasi lemau..tapi since macam complicated and renyah, cpu tanak store information tu..huhu

Then, bila nak start beli kat kedai balik, ada orang cakap, tak elok coz kilang letak straw dlm tu so that the bawang will always be crunchy...ayakkk..ngeri lah pulak dengar..since tu, memang tak berapa la nak makan walaupun teringin...kalau kat umah along ke, jadi tetamu rumah orang ke, memang makan la..tapi takde la gi beli kat kedai dah...pastukan, masa gi umah akak ipar sebelum puasa, dia ada buat satu menu ni (akan diupdate resepinya later) which required to ada bawang goreng..akak ipar cakap dia goreng dalam microwave..masa tu tak sure kena tak tanya detail..segan kot coz masa sampai makanan sumer dah siap tinggal nak ngap je..huhu

Masa balik kampung beraya ari tu, masa kat umah in law, gi lah tanya kat mak, sebab kebetulan mak masak menu yang sama yang kakak ipar masak tu...(dah kata mak yang jadi sifu nye kan..hehe)...cakap kat mak, ari tu kak cik goreng bawang goreng dalam microwave, macam mana ek mak? hihi..manja tak? ;p

Disebabkan masa tu baru nak prepare menu tu, so boleh la mak tunjukkan..
Okay, ni nak share cara2 nya...saaaaaaaaaangat senang n tak leceh/renyah langsung..mama sara super like!
(errrr, ke sumer orang dah tau cara ni tapi mama sara je yg tau lambat..huhu)

Goreng Bawang Dalam Microwave

Barang2/Bahan2:
Microwave ;p
Bekas yang tahan dalam microwave
Penapis
Bawang merah (ikut suka berapa banyak nak guna/makan nanti)
Minyak masak

Cara-cara:
1. Potong/hiris bawang mengikut ketebalan citarasa masing2 (mak cakap hiris macam kita nak tumis bawang      tu)
2. Letakkan hirisan bawang dalam bekas tahan microwave.
3. Tuangkan miyak masak sehingga menutupi bawang tadi.
4. Mula-mula, set kan timer 5 minit dulu. Then press start.
5. Pastu tengok dah brownish belum bawang tu. Kalau belum (biasanya sbb kuantiti yang banyak), set kan       satu minit ke satu minit then check balik. Kalau rasa agak slow, mungkin advisable buat 2 minit terus      
    selepas lima minit yang pertama. Tapi kalau rajin nak gi check, recommend untuk buat seminit semenit coz     tanak bagi bawang hangus. Cuba sekali dulu, then next time dah boleh agak kan, InsyaAllah.. :)
6. Bila tengok bawang dah brownish, tuangkan ke dalam penapis. Minyak yang ditapis tadi boleh la diguna       pakai untuk masak menu lain.
7. Bila dah sejuk, boleh letak bawang dalam tupperware & yang bestnya, sampai hari ketiga pun still
    crunchy..errr, kenapa hari ketiga ye bukan keempat, sebab mama kaisara baru buat first time sabtu lepas,     hari isnin mama kaisara dah habiskan..huhu

Oh ye, boleh juga digantikan dengan garlic/bawang putih juga :)

Selamat mencuba semua...ni tak sabar tunggu weekend nak buat lagi...semua benda pun nak top up dgn bawang goreng..mana tak tiga hari dah boleh abis..ish ish... ;p

2 comments:

ctmah said...

ct xsuke makan bawang goreng..kalau p kedai, depa letak dlm sup kan,so mmg ku kuis2 letak tepi..hihi

-DoUbLe Z- said...

alamak..ye ke? tak suka rasa dia ek..hehe..
kalo makan sebelah siti, leh amik portion bawang goreng extra tu..hihi ;p