Assalamualaikum...
Seperti yang dijanjikan, nak up resepi MIL yang dimasakkan masa kat kampung ari tu.
Ikan Pari & Sambal Istimewa...
Bahan-Bahan:
Ikan Pari Yang Telah Dipotong Sederhana Besar - dalam 4-5 ketul camtu
Bawang Putih - 10 Ulas
Bawang Merah - 7 Biji (kalau nak buat lebih pun tak apa, tapi mesti kurang daripada bawang putih..kiranya tambahkan juga bawang putih)
Cili Kering - 5-6 tangkai
Kicap
Limau Nipis
Sedikit Garam & Gula
Cara-cara:
1. Hiriskan bawang putih dan bawang merah...menggunakan teknik Bawang Goreng ni, goreng bawang merah dulu, pastu baru bawang putih..tapi kalau nak goreng atas kuali macam biasa pun ok jugak :)..siap digoreng, angkat, ketepikan juga..
2. Cili kering tadi dipotong sebesar ibu jari, goreng dalam lebihan minyak bawang goreng..angkat dan ketepikan...
3. Dalam mangkuk, masukkan gorengan bawang & cili kering tadi (tips, sedap kalau letak sedikit je dulu, reserve yang balance masa nak hidang nanti, baru masukkan semua), masukkan kicap agak-agak menutupi bahan-bahan tadi...masukkan sedikit je garam..kalau tak letak pun ok jugak..& sedikit gula..last sekali perahkan limau nipis ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati...
4. Ikan pari pulak digoreng dalam lebihan minyak tadi selepas digaul dengan sedikit garam. (resepi kakak ipar dia letak sikit kunyit..terpulang pada individu :)..) ..setelah garing, angkat, letakkan atas pinggan, sedia untuk dihidang bersama dengan sambal istimewa..(actually nak sambil2 buat sambal pun ok jugak..hehe)
Siap sudah menu simple tapi sedap ni. Seriously, zara tak makan sangat ikan pari bakar kalau gi tempat2 makan seafood.. tak pernah pun before kahwin jumpa resepi ikan pari goreng..kalau bakar atau lauk dalam asam pedas, biasa tengok...tapi bila dah try yg MIL and SIL buat, macam makan pulak ikan pari goreng ni..siap amik ketulan yang kedua lagi...makan dengan sambal tadi n nasi panas...yummy ;)
p/s: pernah ganti dengan ikan tenggiri goreng, tapi tak masyuk sangat rasanya..kena gak maintain ngan original resepi.. :D
Selamat Mencuba :)


No comments:
Post a Comment