What a
good reminder!
EMPAT
TANDA HIDUP TAK BERKAT
Assalamualaikum.
Round-round
Facebook tetiba terjumpa artikel ni. Basically semua dah tahu pun akan hal ni
tapi, aku paste kat sini as my reminder.
Jadikan
pedoman hidup =)
Banyak
sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan
namun sebahagian tanda-tanda di bawah ini juga jelas membayangkan kehidupan
kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA. Na’uzubillah..
Tanda-tanda
hidup kita tak berkat ialah :-
1.
Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak
tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup saje. Duit
banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak,
sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak
bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2.
Buat kerja, tak siap.
Projek
ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha
dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung.
Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak
seperti yang dirancangkan.
3.
Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca
buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun
tunggang langgang.
4.
Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya
sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang entah
apa-apa. Leka main Facebook/Twitter/Instagram, leka tengok TV, leka berborak
dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang
baca Al-Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Atleast 1 muka surat sehari selepas
Subuh or paling-paling pun 1 ayat Al-Quran pun tak ada masa. Solat pun akhir
waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa
untuk diri sendiri pun malas.
Adakah
anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari
kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang
daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Aduh,
alangkah malang dan ruginya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup
ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di
akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah
daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing


No comments:
Post a Comment