Z&K...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 17, 2013

Kaisara A'isya 18 Month Old

Alhamdulillah..
Tanggal 05/10/13, Kaisara A'isya genap satu tahun 6 bulan, 18 month old :)

Last Saturday, 12/10/13 ada appointment cucuk setahun setengah. Nak dekat sejam lebih jugak la tunggu turn. Huhu. Nasib baik Kaisara okay masa jumpa doctor (note: sebelum kena cucuk la tapi..hihi). Dr tanya dah boleh kenal anggota badan ke. Kaisara pun buat demo bila mama tanya mana head, nose, eyes & ears. Alhamdulillah. Pastu dr tanya pasal speech, boleh sambung dua patah perkataan tak? Alhamdulillah, Kaisara dah boleh mintak, contoh "nak kut (biskut)", tapi yg belakang je lah yg sebut pun.

Bila time cucuk, dr suh pusing belakang. Cucuk kat montot. Bab pegang Kaisara time tu, opkos la abahnye..hihi..Mamanya enggak berani gitu.. ;p..Cucuk je, terus nangis sambil cakap "Mama, akit"...nasib baik sekejap lah jugak. Kira nak kuar bilik dr tu still leh say bye n buat flying kiss..hehe..drama tul..ish ish

Perkembangan Fizikal:
Berat: 11.9kg
Tinggi: 83cm

Nak timbang berat tu punya lah susah. Pastu lak penimbang kat situ bukan jenis digital..Yg ni jenis yg kena balance2 kan kat tgh2 tu jgn bagi senget..aiyaaa..dahla anak dara tu nak tanak je diri atas benda alah tu..pastu bila lama lagi lah tanak..berapa kali naik turun, barui dapat..tupun mama rasa sebenarnya ntah2 lagi berat kot..hahaha

Setakat 18 month old ni, Kaisara A'isya:
1. agak demanding ye. Contoh, nak amik air kat atas meja. "Mama, gang" maksudnya, pegang tangannya. Nak suh teman sekali g amik air kat atas meja tu. Kalau mama tanak, memang sepuluh kali lah dok ulang mama, gang tu dgn merengek sekali...
2. boleh memberi arahan. Contoh, tangan dua2 belah pegang biskut. Pastu tetiba tangan rasa gatal. "Mama, gang" sambil hulur biskut suh tolong pegang. Garu2 kat tempat yg gatal tu, pastu cakap balik. "Dah, meh" sambil amik balik biskut tu dari mama. -Mamaterusgelengkepala-
3. suka acah orang. Hulur kat orang barang, cakap "Nah". Pastu bila orang nak amik, tarik balik tangan sampai badan2 pun paling sekali, buat kerut kening cakap "Eh". Geget kang!
4. dah boleh naik slide sendiri tapi masih memerlukan kawalan rapi dari mama yang sokmo risau. hehehe..
5. still tengah belajar minum pakai cawan pegang sendiri. Asyikla tumpanh memanjang..huhu
6. asal nampak huruf je, "Abah, A, Mama, A" ulang2 banyak kali suh kita pandang. Tak kisah la huruf A ke, Z ke, A je memanjang...takpelah nak...perlahan perlahan ye study :)
7. leh sambung lagu utk ending word. Contoh lagu: Twinkle twinkle little tar (start), how I wonder what u are, up above the world so high, like a diamond in the sky...perlahan je tapi suaranye..hehe
8. sangat suka g taman walaupun sebenarnya takde lah main sangat. Suka tengok orang je lebih. Ish ish..Siap hafal jalan g taman. Kalau ajak naik keta nak keluar petang2, pintu kete yang dah dibukak tu, siap cakap "tutup" and nak tutup, punyalah nak gi taman tanak naik keta. Dah almost routine petang2 lepas balik keje, jalan kaki g taman ngan mama/abah. Camtu lah gayanya..Nasib baik leh bawak berunding lagi everytime nak balik. Setakat ni takde lagi drama airmata..harap2 takde teruslah drama tu..huhu
9. agak banyak words yang dah leh sebut. Walaupun pening jugak nak paham. Contoh, ayeer. Cuba teka, ape tu kawan2? Jawapannye adalah FLOWER. Ataupun eyon...Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, BELON...nak sebut betul ipad dari ited tu pun berbulan gak baru betul ipad..kalo tak, asyik ited, ited...hehe

Semua milestone atau update perkembangan ini, takde niat nak riak, menunjuk atau ape saje yg negative. Lebih kepada rujukan mama nanti bila Kaisara dah besar. Setiap baby ada step2 nye yang tersendiri. Lebih kat situ, kurang kat sini. Apa yang penting, kita doakan supaya anak2 kita membesar dengan sihat, menjadi anak yg soleh/solehah, taat kepada Allah, ibu bapa, orang tua, bijak, cemerlang dunia akhirat. Panjang lagi perjalanan hidup mereka, InsyaAllah.

Oh, lupa pulak. Nak coretkan kat sini pasal solat. Comel sangat n sejuk sangat ari tu bila Kaisara dari ruang tamu jerit "Mama, olat!". Masa tu mama baru nak kuar toilet dari amik wudhu. Sambil pakai telekung jawab balik "Jap jap, mama pakai telekung". Rupanya kat depan abahnye dah bentang sejadah untuk abah and Kaisara. Patutla jerit panggil mama. Tapi kejap je pun follow mama n abah solat. Dah nak abis, baru cepat2 datang balik, nak salam n kiss mama n abah. Semoga anak-anak mama n abah sentiasa menjaga solat, tepat masa & kusyuk semasa mengerjakan solat. Amin.

Tempek sikit muka budak bertuah ni, Kaisara A'isya :)

Smile :)

Salam Aidil Adha Semua :D

Okies, till next entry everyone, Assalamualaikum :)


2 comments:

Rosmawani♥ said...

Byk celoteh yer kaisara ni.. Hehhee..
Doakan humaira ros jgak yer :)

-DoUbLe Z- said...

InsyaAllah, Ros. Zara doakan Humaira yang comel (sesuai dgn nama humaira kemerah merahan) sentiasa sihat, dan membesar dgn cerdik dan bijak, cemerlang dunia akhirat :)...Tak sabar nak tgk Humaira berjalan & bercakap..sure banyak jugak celoteh tu..Tak terlayan Ros nanti..hehe...hugs & kisses to darling humaira ye Ros..Mmmuah :)