By definition (sumber dari http://www.mayoclinic.com/health/de-quervains-tenosynovitis/DS00692)
De Quervain's tenosynovitis (dih-kwer-VAINS ten-oh-sine-oh-VIE-tis) is a painful condition affecting the tendons on the thumb side of your wrist. If you have de Quervain's tenosynovitis, it will probably hurt every time you turn your wrist, grasp anything or make a fist.
Memang super sakit pun kalau nak pulas tombol pintu, bukak penutup sos, peanut butter etc n angkat baby. Masa time super sakitlah :) Biasanya masa tu bengkak. Kalau tengah bengkak sangat2, tak yah angkat angkat barang, or sentuh, memang sakit berdenyut denyut yang boleh mengundang air mata jam 2 pagi sambil tak sempat bukak lampu terus amik ice pad dlm peti ais, tuam. Esok pagi baru sedar, laaa, bengkak rupanya.
Okies, berbalik kepada tajuk entry. Seumur hidup memang tak pernah dengar nama De Quervain's ni. Symptom awal happen masa trimester terakhir mengandungkan Kaisara. Ramai pregnant women bengkak kaki kan masa pregnant. Diriku ini towards end of final trimester, dgn tangan2 bengkak sekali. Rupanya, bila ada water resistant kat tangan ni, secara tak langsung, melemahkan dan membengkakkan urat. Bila urat yang membengkak tu bergesel dgn tendons (yg menurut kata docyor, kemunginan tendon tanganku ini relatively small compare to others), makanya, terjadilah imflamation..rasa panas n lenguh2...masa tu serious ingat just kurang kalsium....paling ketara lepas bangun tido..tapi macam tak logik lak kalo nak cakap salah tido coz mmg almost every morning sakit..tu yg ingat tak cukup kalsium..
Pastu, after Kaisara lahir, tak perasan coz masa tu focus kat susu yg tak berapa meriah, Kaisara tanak tido malam (mama tak pandai tido siang) n etc. Sedar-sedar je dah rasa sakit tangan kanan. Tapi still bearable. Then bila Kaisara nak masuk 3 bulan dengan berat masa tu cecah 7kg, tetiba sakit tangan kiri jugak. So, nak angkat baby masuk dalam car seat pun macam tak boleh. Nak sikat rambut, pulas tombol shower n other simple things pun dah fail nak buat sebab super sakit, barulah gi serah diri kat doktor. Ada kawan suggest Dr. M kat DEMC specialist in Orthopaedic. Doc suggest local steroid injection coz masa tu cakap kat doc nak speedy recovery. Tapi, dah namanya pun steroid, makanya bukan lah recovery but more to pain relief. Sakit sangat masa dia cucuk kat tulang wrist kat both hands. Rasa sakit dalam dua tiga hari and then "puff" terus hilang sakit. Langsung hilang. Cuma ada side effect..Kat tempat cucuk dua2 belah tangan tu, isi mcm takde..kira kalo tgk tu buruk mcm anorexia (bahagian lain lemak berlebih lebih..pfft)..and nak tambah lagi accessories kat tempat yg cengkung tu, ada tompok putih yang colour macam kita letak liquid paper...mmg seganlah n sorok je tangan tu kalo jumpa org..hehe..The side effect n the steroid magic bagi tak sakit langsung tu only last 6 months.
Then, after six months, sakit datang balik. Macam biasa, setakat sikit2 n only affect one hand, buat dek je..layankan je sakit nye..pastu bila start datang bengkak n tangan lagi sebelah pun jadi gak..haaa, mulalah kelam kabut cari doktor. This time Poliklinik Shaikh Kota Kemuning jadi pilihan. Dah tanak cucuk. So, doctor suggest fisio. Ada 8 session. Masa tgh2 buat fisio tu, ada kot kali ketiga, rasa much better. Makanya, terus semangat nak buat karipap for the first time. Uli tepung bagai. Amik ko, terus bengkak sampai tak leh tido n nangis2. Habis je 8 session fisio tu, masih terasa tapi sikit2 je. So, back to normal routine.
Selang few months later, after raya, sakit datang balik. As usual, gi serah diri bila nak tarik hand break pun kena pakai tangan kanan yg relatively kurang sakit dari kiri. This time SALAM jadi pilihan. And the doctor suggest surgery..huhu..no no no...kali ni yg kiri agak kronik sebab tak leh bent. Maybe sbb tu doktor suggest surgery. And then bila tanya risk utk kena balik, doctor cakap reserve 10%, uish, kalo 0.1% pun fikir dua tiga kali, ni sampai 10% lagi lah takyah fikir terus cakap tanak wat surgery. Then doctor bagi fisio session utk 6 kali. Kalo dulu, masa fisio dia buat padding (cold & hot), ultra sound & tense. This time pun sama except padding tu, dia pakai wax (lilin). Ngeri gak memula nak celup tangan dlm wax yg panas tu. Tapi kejap je panas dia n bila dah beku jadi macam pakai sarung tangan lak...
Sakit De Quervain's ni macam rasa terseliuh. And kengkadang rasa kebas bila grip something. Adik beradik dgn Carpel Tunnel. And chances utk repeat again memang tinggi coz activity yg kita buat hari2 mmg akan akan menyebabkan senang nak kena balik. That's why, cuba utk minimise kan keje berat. Nasib baik EH memahami n sangat2 membantu dalam menguruskan kerja rumah. Alhamdulillah. Thank you Allah, Thank you my beloved husband...mmmuah
To my dearest Kaisara, thank you for memahami mama tak leh nak angkat in normal way but use lengan instead. Pandai lak tu paut kat lengan mama. :)
Semoga De Quervain's ni cuma temporary n hilang especially when InsyaAllah, by the time Kaisara ready nak jadi big sister, terus baik n pulih sepenuhnya n never reoccur again. Amin Ya Rabbal A'lamin :)
Dah abis session 6 kali tu, jumpa doktor balik, dia suggest another 3 sessions. Pastu, jumpa bali 30/09/13 ari tu, since tangan kanan Alhamdulillah almost completely tak sakit n tangan kiri dah boleh bent sikit2, doctor stop dulu fisio n advice still kena pakai splint both hands bila ngadap laptop n buat fizikal aktiviti. Jumpa balik bulan November. Doa2 both hands completely heals. And suggestion for surgey ditarik balik. Amin :)


2 comments:
insyaallah semoga semua dipermudAHKan kak.. :)
take care zara
Post a Comment