Mid 2011 diletakkan tarikh untuk pernikahan.
Tapi, Syukran Ya Allah, aturan Allah itu cantik.
Awal tahun 2011 kami berjaya memiliki rumah.
Sukar, payah, pening nak mencari rumah yang sesuai, yang selesa.
Dari segi:
1. Lokasi
2. Kemudahan
3. Bukaan Rumah
4. Bajet
5. Neighbourhood
Alhamdulillah, kami berjaya mencari rumah yang selesa buat kami. Rumah teres satu tingkat.
Masa tengah tengok tu, dua-dua fasa tengah develop. Satu rumah teres satu tingkat, lagi satu (bertentang dengan jalan besar) rumah teres dua tingkat. Same developer. Kalau ikut hati, memang nak yang dua tingkat tu..tapi tengok balik berapa nak kena bayar deposit, maka berpatah balik ke satu tingkat..hehe
Lokasi nye boleh tahan dekat dengan tempat keje. 14km. (err ngan EH nye jauh sikit..takpe, perngorbanan..hehe..tq dear).
Facilities, pun boleh tahan. Dekat dgn Aeon Big, Tesco, Giant. Little Caliph pun ada kat deretan umah kedai depan rumah. Tapak untuk surau, sekolah, petrol pump, bomba, polis disediakan oleh developer. Tunggu masa nak up je tak tau lagi bila. Kawasan baru kan, amik masa sikit nak naik :)
Bukaan rumah 20x70..memang developer buat habis..meaning tak boleh langsung nak tambah ape2 lagi dah..bukak pintu/tingkap dapur, dah nampak jalan..yelah, nak accommodate empat bilik 2 bilik air dalam rumah kan...
Deposit pun dalam bajet and monthly payment pun boleh diconsiderkan not to bad sbb masa kitorg sewa dulu pun, tambah sikit lagi sama dgn monthly payment sekarang. Alhamdulillah :)
Haaaa..panjang tul mukadimah..ni baru nak masuk topik asal. Kejiranan. Neighbourhood. Memang sangat sangat ditekankan dalma Islam. Alhamdulillah, Syukran Ya Allah, Engkau kurniakan kami jiran-jiran yang baik, pemurah berbudi pekerti :)
Kawasan perumahan kami banyak lorong/jalan. Dah kata banyak fasa kan coz ada je demand untuk rumah teres setingkat ni. Developer pun on je lah projek kan. Kitorang lorong kedua fasa kedua. Ada 3.5 lorong semuanya untuk fasa dua ni. Lorong pertama share dgn fasa pertama. Tu yang jadi 0.5 tu..hehe
Untuk persatuan penduduk, tak kisah mana2 lorong plus rumah dua tingkat, kami bergabung. Siap ada FB bagai. Ada persatuan wanita jugak. Kami ada buat bacaan Yassin ikut rumah (tiada paksaan dan atas jemputan) & makanan secara pot luck. Wanita hari lain, lelaki hari lain.
Then, untuk setiap lorong ada ketua lorong. Pastu, ketua lorong akan cari AJK lorong. EH salah sorong AJK lorong umah kami. :). Kaum Adam siap ada group wassap untuk lorong ni tak kisah lah AJK ke tak.
Memula dulu, warming up agak slow sikit untuk lorong kami. Now, Alhamdulillah dah makin rancak. Bermula dengan pacak bendera masa nak sambut merdeka dulu, pastu gotong royong buat pondok rukun tetangga sendiri (semua pakat turun and hulurkan bantuan - warga lelaki), open house lorong raya & bacaan Yassin lelaki & wanita.
Open house raya tu pun secara gotong royong. Siap macam kat kampung2, kupas bawang, potong sayur, bersihkan ayam, sumer2lah..Pastu pasang khemah, ada sukaneka untuk kanak2..tetiba ada la pulak karaoke..aduyaii...pastu ada cabutan bertuah..siap ada banner tu utk open house.
Yang bacaan Yassin pulak, untuk lorong, siap ajak satu family, jiran sebelah tuan rumah akan combine dgn tuan rumah. Lelaki kat rumah tuan rumah, wanita kat jiran sebelah..so boleh bawak satu family :)
Oh ya, disebabkan kaum Adam dah ada wassap, kaum Hawa pun tetiba start ada wassap minggu lepas..hehe..seriously sangat2 membantu. Coz kalau nak harapkan perjumpaan, tak semua apat hadir. Kalau nak harapkan hari2 biasa, ada orang yang kuar rumah sebelum muncul matahari, pastu balik dah tenggelam pun matahari.
Makanya, wassap lah tempat kami bertegur sapa, bertukar idea, membuat next plan & yang paling penting merapatkan ukhwah kejiranan. Siap kitorg post gambar n perkenalkan diri & no rumah. So, pasni dah leh kenal kalo jumpa :)
Sekali lagi, daku & family sangat bersyukur dianugerahkan kejiranan yang baik. Semoga berkekalan ke akhir hayat.
p/s: tu yg busy dgn phone..kejap wassap gojes, pastu jiran, pastu office..hehe
p/p/s: Jom layan gambar :D
Banner & EH..
Banner Lagi :)
Kusyuk makan dgn muka comot bekas jatuh..huhu
Err?
Masak memasak..lalala
Kita lahir kat sini, tapi abah & mama kita kat tempat lain :)
Cik adik, rumput yang nak disiram sebelah sana sayang ;p
Bendera berkibar di angkasa! ;p
Yang pasang memasang, pacak memacak bendera ni, kaum Adam buat masa kitorang tgh tido. Bangun je tgh dah bertambah lagi bendera :D (mlm td acara turunkan sumer bendera)
Jumaat ni, InsyaAllah, join jiran sebelah rumah buat bacaan Yassin :)
Doakan semuanya dipermudahkan ye. Amin :D
Happy main kat playground belakang rumah
:)
Kekadang tu, activity conflict dgn gojes nye activity. Makanya, ikutkan susunan, jiran kena utamakan dahulu :)..InsyaAllah, kita get together lagi ye gojes2 sekalian. Miss ya! :)
Semoga Ikatan Ukhwah Ini Berkekalan :D












8 comments:
aminn..
alhamdulillah..
dapat jiran yang baik..seronok!
kt mne area umah zara ni??
tulah, Alhamdulillah..bersyukur sgt..mostly kat situ awal & mid 30-an..tu yg jadi satu kepala kot..hehe
tq chekgu azrine tolong amin kan :)
yumie, dia dekat2 dgn jalan kebun..kira dekat jugak dgn umah umie (puan pinguu)..
pernah sampai tak area situ, yumie?
bestnya dapat kejiranan macam ni...harap2 la jiran i nanti pon ok...hehe
InsyaAllah Nana..Amin :)
Best tgk progress umah nana..sure cantik nanti bila dah siap..tak sabar nak tgk.. :D
zara banyak pending - awning kat porch, tile kat porch, set curtain etc
niat dah ada, tinggal fulus je..maka pending lah dulu..hehe
zara...nanti add akan dalam wassup group jiran wanita tuh..
012-2735875, nak gak kenal2 jiran tetangga yang gojes2 tuh..
hihi..ok akak..roger :D
nanti zara ckp kat admin ek ;)
Post a Comment