*entry ini tidak sesuai untuk yang tinggi imiginasi & sedang makan :)*
Baru kutahu rupanya penyakit lupa ni ada kaitan dgn kahak. Seriously macam ada kena mengena. Sebab, lepas bersalinkan Kaisara, perasan kerap jugak pagi2 rasa tak sedap badan n tengok rupanya ada kahak (super pekat - maaf ye). Dan penyakit lupa tu agak mengkronikkan diri.
Pernah sebelum pindah, nak anta Kaisara gi umah BS yg apartment tingkat 20. Dah selamat anta, tgk beg tertinggal dalam keta. Kan tak pasal2 kena turun balik n tunggu lif yg ada satu tu je (kalau nak naik dr G Floor). Hilang 15 minit..huhu
Tu tak termasuk dah terlepas simpang, kat traffic light, pusing kiri, "eh, tak anta Kaisara lagi" Aiyoo mama..Kejadian masa si anak baru 3 bulan ye. Kalau sekarang InsyaAllah tak lupa sebab mulut sure bising panggil "Mama, mama"..tumpahkan biskut "Mama, pah"..sakit jari "Mama, akit, tup (tiup)" sambil tunjuk jari yang nak suh tiup..
Okies, balik ke topic asal...pastu terbaca kat http://xlupa.com, satu article pasal lupa and kahak.
Ni keratan nya:
Kahak Menyebabkan Penyakit Lupa
Assalamualaikum kepada rakan-rakan pembaca blog ini,sekali lagi maaf diucapkan atas kelambatan utk update entry atas tggjwb2 yang semakin banyak dan besar telah Allah kurniakan kepada saya.Alhamdulillah,hari ini dapat dikongsi sedikit lagi ilmu yang dapat digunakan oleh kita semua dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh cabaran dan dugaan.Entry kali ini adalah tentang bagaimana mengubati penyakit lupa yang disebabkan “phlegm ” atau dalam bahasa melayunya ialah KAHAK…
Kahak adalah sejenis cecair yang dihasilkan oleh saluran pernafasan kita sebagai pelindung kepada bacteria2 kecil yang mungkin masok ke dalam sistem badan kta dan menyebabkan penyakit.Kahak juga boleh menyebabkan penyakit lupa menurut kebanyakan ulama.
Rawatan
Penyakit lupa disebabkan kahak mampu dihilangkan melalui beberapa cara semulajadi berikut :
Penyakit lupa disebabkan kahak mampu dihilangkan melalui beberapa cara semulajadi berikut :
1.Selalu membaca al-Quran
- Kajian menunjukkan sebutan-sebutan huruf dan perkataan dalam al-Quran mampu menghilangkan kahak seterusnya mengurangkan penyakit lupa dan menguatkan ingatan.
- Membaca dan memahami makna perkataan2 didalam alQuran juga dapat membantu meningkatkan daya fikiran dan ingatan anda.
- Membaca alQuran juga dapat menjadikan kita insan yang sentiasa mengingati Allah,dan Allah berfirman bahawasanya Dia akan sentiasa mengingati sesiapa yang selalu mengingati Dia.
2.Madu
- Madu merupakan salah satu rawatan yang disyorkan nabi dalam pelbagai penyakit dan salah satunya ialah penyakit kahak yang boleh menyebabkan lupa.
- Madu juga dapat membuang cecair lebihan didalam badan seperti darah dan lendir yang boleh menyebabkan penyakit.
- Selain itu madu juga merupakan makanan yang disyorkan nabi utk menguatkan daya ingatan
- Madu turut digunakan utk mengubati penyakit cirit-birit oleh nabi
- Madu juga boleh digunakan utk mengubati keracunan akibat termakan cendawan beracun.
So dari entry kali ini,semoga dapat membantu rakan-rakan pembaca sekalian utk merawat penyakit lupa yang mana boleh menganggu perjalanan kta sebagai hamba Allah utk menjalankan tanggungjawab yang dipikul.Semoga dapat diamalkan walaupun sedikit,bak kata rakan saya,biar sedikit tapi betul-betul bermanfaat daripada banyak tapi satu pun tak ingat.Sekian wassalam..
p/s: InsyaAllah, sama-sama kita berusaha & tawakal kepadaNya :)
p/s: InsyaAllah, sama-sama kita berusaha & tawakal kepadaNya :)




2 comments:
alamak... mungkin la kan.. kna bg hilang kahak cpt2 la :)
betul2..selalu perasan kalau makan coklat or butter or cheese, lagi menjadi jadi..tapi zara chocoholic.. ;p
Post a Comment