Salam semua :)
Rasanya dah lama tak update pasal Kaisara nye pemakanan kan.
Okies, jom recap plus add the new food intake by Kaisara from 6 month old till now.
Entry takde gambar ye. Dah set dah pagi tadi nak snap pic bekalan hari ni but as usual TERLUPA..huhu
Esok lah kalau berjaya ingat, update kat entry ni :)
6-9 Month Old
Is the peek period or the busiest and the tedious period I would say. Ye lah kan. Anak first, pastu first time lak tu nak bagi anak makan solid food. Sure yang first time mother ni dok perah otak, which is the first food to be taken by my precious baby. Ada yang cakap jangan bagi benda manis dulu takut nanti dah start rasa manis, dah tanak makan yang lain. Ada cakap letak nestum supaya cepat kenyang. Semua nya fikir what best for their babies. As fos mama Kaisara, pendekatan pertama tadi menjadi pilihan. That's why first food Kaisara instead of fruits, bagi vegetable. To be exact, carrot :)
For first few weeks, carrot tadi di steam, blend and tapis. Masa dua minggu pertama tak buat stock lagi. Pastu baru start buat stock untuk seminggu dua. Steam, blend tapi dah tak tapis. Letak dalam ice cube yang ada penutup. Bila dah beku, keluarkan cubes letak dalam bekas or zip bag. Zara pakai zip bag sebab senang nak label kan date & puree.
Alhamdulillah, dengan Phliph Avent Steamer & Blender Combine, keje jadi lagi cepat & mudah :).
Oh ye, boleh gantikan jugak dengan yang lain-lain, macam apple, pear, broccoli, cauliflower, kentang & lain2. Tapi ingat ye kengkawan, four days rule. Try dulu satu2 food tu for four days direct. Check baby ok tak macam ada tak sembelit, rashes, cirit-birit, bengkak or merah-merah, muntah, demam dan lain2. Kalau tengok ok je, meaning boleh proceed and combine dgn food yang dah ditest dgn four days rule.
Contoh: Carrot bagi kat baby selama empat hari dah ok. Then, hari kelima buat cubaan kurma sampai hari ke lapan. Ok jugak. Then hari kesembilan, boleh cuba combination carrot plus kurma. :)
Okies, berbalik kepada apa yang Mama Kaisara bagi makan. Mula-mula suap puree carrot tu, dalam seminggu ada kot, campur sikit dgn ebm (atau susu formula). Kalau baca dekat info2 yang ada, average baby mungkin akan makan dalam sesudu dua sahaja. Kaisara lak makan, mama & abah terpaksa stop kan after suapan yang ke lima belas..dah nye asal suap je ngap, asal suap je nganga. Risau gak kembung ke ape.
Bila dah ok, around two weeks after that, introducekan beras lak. Beras pilihan hati adalah Brown Rice Eco:
http://www.malaysiarice.com/components/com_virtuemart/shop_image/product/resized/ecoBrown_s_4d33d094762e9_220x220.jpg
Beras ni, dibasuh, disangai dan diblend. Selalu nye, disebabkan "rajin", buat stock untuk seminggu (sama macam puree kekadang sampai dua minggu). Hehe. Simpan dalam tupperware elok2 ye. Then, bila nak masak, selalu amik dalam dua sudu besar serbuk brown rice tadi, pastu letak dalam satu mug besar air. Selalu bila dah blend, bubur cepat masak. Dalam 10-15 minit dah siap. Then, bila dah masak, campurkan dgn satu cube puree. Tutup api atau gunakan api yang sangat kecil, kacau2 sampai sebati. Pastu tapiskan bubur yang dah masak tu.
Kiranya main tapis2 ni sampai lapan sembilan bulan jugak lah since Kaisara takde gigi lagi. Tu yang cakap tu, 6-9 Month memang period yang menguji kesabaran dan kerajinan mama Kaisara yang rajin plus ada De' Quervain ni. Nasib baik time tu under steroid. Err..yang pasal tu next entry lak ek :)
Conclusion, menu untuk Kaisara for this stage:
1. Carrot
2. Broccoli
3. Banana (Yang ni fresh ye kengkawan tapi pakai food feeder)
4. Kurma
5. Celery
6. Cauliflower
7. Potato
8. Bayam
9. Ikan Bilis (proces sama macam nak buat serbuk beras..taburkan sedikit masa masak bubur nanti)
10-12 Month Old
Bila dah masuk sepuluh bulan, bubur yang dah masak start tak tapis dah, tapi beras still blend, sangai and simpan. Pastu dah start introducekan ikan dan ayam.
Sama jugak, ikan dan ayam tu dijadikan puree. As usual, menggunakan khidmat Philip Avent Blender & Steamer Combine tu :)
http://www.bbhypermart.com/prod_images_blowup/steamerblender.jpg
Antara ikan2 pilihan:
1. Tenggiri
2. Salmon
Yang purée sayur and buah tadi still continue and combinekan dalam bubur.
Kenapa masih lagi blend lagi beras, sebab Kaisara masih lagi takde gigi..Dah nak dekat bufday (11 bulan lebih), baru nak tumbuh. Tumbuh terus 6 batang...huhu..tapi tumbuh yang naik sikit2 tu.
12-13 Month Old
Masa ni gigi dah ada 6. Atas depan emapat batang, depan bawah 2 batang. Beras dah tak diblend. Purée pun dah tak buat stock sangat dah. Tapikan, process nak masak bubur tu saaaaangat lama. Sayur2 pilihan, carrot, celery, broccoli, cauliflower, bayam tadi tu dihiris atau disagat halus untuk first two weeks camtu. Lepas tu potong kecik2 pun takpe tak yah sagat.
Bila dah masuk setahun ni, beras dah ditukar ke beras biasa/putih). Basuh setengah/satu pot beras dalam arah lawan jam (macam tawaf) sambil selawat. Biasanya dalam tiga kali bilas. Masukkan air yang banyak (kira separuh periuk gak lah) ke dalam periuk. Baca Bismillah dan surah Al-Fatihah, hembuskan ke dalam air (dalam hati niatkan anak supaya menjadi anak yang soleh/solehah, fahami agama Islam dan mengamalakannya). Panaskan periuk tadi. Titikkan satu batang serai, masukkan.ke dalam periuk. Untuk bahan2 yang dihiris/disagat halus, lepas mendidih baru masukkan bahan. Tapi kalau potong besar sikit, selalunya Zara masukkan je sebelum mendidih..huhu..Dah masak (kekadang sampai satu jam baru tutup api), kalau nak terus bagi makan, masukkan dalam mangkuk & perasakan dgn serbuk ikan bilis tadi..tanak pun takpe :)
Tapikan, lagi sekali, atas "kerajinan" ku ini, simpan dalam bekas elok2 untuk esoknya or kekadang lusanya..huhu..Alhamdulillah perut Kaisara tak meragam. Risau gak...huhu lagi..
Antara menu buburnya:
1. Bubur ayam & sayur (by sayur means list ni wajib ada: serai, carrot, celery, broccoli/cauliflower, tak sure kenapa..haha)
2. Bubur ikan & sayur
3. Bubur daging & labu (disebabkan mama Kaisara eager sangat nak bagi ni for the first time, terus lupa four days rule, makanya anak muntah petang and pagi..huhu..terus tak bagi dah labu n daging coz tak tau yg mana satu yg tak ok or combination both)
4. Bubur sayur je..hihi
14 Month Old- Current
Saya sudah besar. Tanak makan bubur. Mama, sila bagi saya nasi dan lauk. ;p
Makanya, anak dara yang dah tumbuh geraham ni dah tanak makan bubur. Pening kepala mamanya nak pk bagi ape..hehe
Okies, untuk stage ni, Kaisara dah makan nasi biasa. Lauknya pulak, Zara banyak buatkan sup.
Sup Ayam : Rebus ayam (3-4 ketul) sampai mendidih, masukkan halia yang diketuk, then masukkan kulit kayu manis & sup bonjot. Pastu masukkan sayur (as usual - carrot, broccoli, celery, kentang). Kalo perasan zara selalu masukkan celery or kekadang tambah dgn daun sup. Sebabnya, masih lagi tak letak garam. Kekadang je letak kalo masakan tu takde celery & daun sup yg memberi rasa masin naturally. Letak sikit sangat2, buat perasa je. Tunggu sampai kentang n carrot lembut, siap :)
As always jugak, lauk ni zara masak untuk esok n kekadang lusa jugak..huhu
Singgang Ikan/Ayam : Masukkan serai yg diketuk dlm air (air dlm setengah periuk).pastu halia yg diketuk...then masukkan bawang merah satu biji & bawang putih seulas (dua2 dihiris halus)..masukkan lak ikan or ayam..pastu dah medidih, letak sayur (biasa letak carrot je)..then letak sikit kunyit..siap :)
Nudget : Ni antara favourite Kaisara. Resepi dari blog Nana Farhana, tq ye Gojes Nana. Fillet ayam beberapa keping dipotong kecil. Seulas bawang putih n sebiji bawang merah. Dua keping cheesedale cheese. Sedikit blackpepper. Sebiji kuning telur (jangan buang putih telur). Blend sumer, pastu letak dalam mangkuk. Kepal2 (kalo ada tekap2 yg comel tu boleh guna..daku nan hado..huhu), penyetkan sikit, salut dgn putih telur tadi, then salutkan dgn serbuk roti. Yang ni selalu buat banyak2 letak dalam freezer. Nak makan baru goreng dlm olive oil atau minyak jagung.
Sup Daging : Bila dah setahun lebih ni, baru berani nak introduce balik daging. Step sama macam sup ayam. Cuma nya daging zara cincang bagi halus.
Tom Yam : Masukkan serai yg diketuk dlm air (air dlm setengah periuk).pastu halia yg diketuk & sebiji tomato...then masukkan bawang merah satu biji & bawang putih seulas (dua2 dihiris halus)..masukkan lak ayam..pastu dah medidih, letak sayur (biasa letak carrot je)..then letak sikit daun limau purut..siap :)
Snek yg diperkenalkan:
1. Big Bites - from 8 month
2. Milna Rusk - from 8 month tp kejap je pasal Kaisara mcm allergy
3. Heinz Teething Biscuit - 9 month (more tu distract masa mama n abah makan..tak pernah abis pun sebab sgt keras..hihi..oh ye, membantu jugak utk mengurangkan gusi yg gatal nak tumbuh gigi)
4. Heinz Finger Biscuits - from 11 month (paling suka flavour choc. Apple n natural flavour pun suka gak)
5. Milna Cheese Biscuit For Toddler - from 12 month (ada perisa coklat gak..biskut dia bulat bulat..sedap..mama n abah pun kekadang terpau..hihi)
6. Banana - yg sebiji fresh tak yah pakai feeder, from 11 month
7. Apple - yg fresh gak, from 12 month
8. Grapes - 14 month
9. Roti Masimo - 12 month
10. Bun - 16 month
Makanan Yang Kaisara Agak Merejectkan Diri:
1. Cheese - yg keping2 tu, kalo bg makan saja or letak dlm roti or cairkan dlm bubur - memang tolak..
2. Pasta/Macaroni - since dua2 tu letak cheese yg cair maka tak dilayan
3. Telur - buatla scamble ke, dadar ke, rebus ke, semua dia reject..huhu
Bagus nak, menghindari makanan2 yg banyak kolestrol ye..hehe
Makanan Yang Dibekalkan Kat BS Sekarang Ni:
1. Lauk (nasi BS provide)
2. Bun - seketul
3. Pisang - dua biji
4. Grapes - 10 biji
Selalu abis sumer. 90% Kaisara makan sumer. 10% or less je org lain makan...Abah dah suh diet dah nak ;p
Okies...till next entry sumer..


3 comments:
okey kagum. mama shaheem kena belajar ni ngn mama kaisara hehe.. shaheem picky eater sgt2. susah hati mama tgk dia yg dah kurus itu huhu...
alahai, malu lak amal cakap camtu, nak belajar sumer..takde amal, kebetulan je ni kaisara suka makan..lain budak lain peel nye..rasanya dia tgk mamanya yg bam bam ni kuat makan kot..hihi..
tapi mak mertua akak ari tu ada bagi satu tips..tapi memang kena sabar super2..try suapkan makanan masa dia tgh leka main..kaisara pun sama..kalo makan nasi tu kekadang almost sejam baru abis..huhu..bertabahlah mama dia kejar2 suap..kalo time "rajin" tu, tak abis pun mama suapkan...hehe
Sgt mmbntu ni..tp png kpla gak mcm susah..huhu..
Post a Comment